Latest News

Monday 19 September 2016

TAMBAHAN DUN SABAH: Fakta & Mengapa?? PANAS!!!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Encik rahman anak dahlan... Oleh FB Page Pembongkaran Penipuan BN UMNO (screenshot)
(ii) Bau bangkai betul mulut kau ni! Sial punya mp umno Kota Belud... Oleh FB Page Remove Musa Remove Umno Sabah (screenshot)

PEJABAT Pilihan Raya Negeri Sabah menyatakan setakat Ogos 2016 ini seramai 995,700 jumlah pengundi untuk seluruh Sabah. Jika berasaskan jumlah itu, maka sebenarnya rakyat Sabah secara keseluruhan hanya berjumlah 2.5 juta penduduk. Oleh kerana berasaskan demografi, mereka yang berumur 21 ke atas adalah 40 peratus daripada keseluruhan penduduk. Namun apa yang muskhil, statistik kependudukan Sabah dinyatakan bahawa penduduk Sabah seramai 3.2 juta. Ertinya, baki 700 ribu adalah penduduk bukan rakyat Sabah. Jika benar PATI diberikan hak mengundi, maka berasaskan jumlah penduduk Sabah atau pengundi Sabah seharusnya 1.28 juta, bukannya 995,700 orang. Berasaskan kepada jumlah pengundi tersebut, maka dakwaan yang kononnya PATI diberi hak mengundi dan dijadikan alasan untuk menambah jumlah DUN Sabah hanyalah dakwaan semata-mata kerana tujuan penambahan DUN Sabah itu bermatlamat agar perkhidmatan kepada rakyat oleh wakil-wakil rakyat lebih efektif memandangkan keluasan sesuatu kawasan tersebut.

Satu perkara lagi, mengapa kawasan-kawasan yang berdekatan dengan pekan sehingga dipanggil sebagai kawasan separa bandar? Ia disebabkan kerana kencenderungan penduduk pedalaman berpindah ke kawasan demikian dan ikut serta mengejar aktiviti ekonomi. Ambil contoh di kawasan Pantai Dalit, Tuaran. Kawasan itu menjadi ramai penduduk kerana kewujudan Dalit Bay Golf & Country Clud dan kawasan peranginan sehingga ramai penduduk berhijrah ke kawasan tersebut. 

Di samping itu, impak kepada kemajuan di kawasan Sepanggar juga menyebabkan ramai penduduk berhijrah ke kawasan baru,kerana mereka menjual tanah-tanah mereka di kawasan Sepanggar dan membeli tanah di kawasan Pantai Dalit.

Bagi penambahan kawasan DUN di kawasan pedalaman seperti Beluran atau Pensiangan, sebabnya kerana keluasan selain pertambahan penduduk di kawasan demikian. Di kawasan pedalaman biasanya hanya bermajoriti penduduk tempatan sahaja yang mediami kawasan itu kerana rakyat asing lebih gemar tinggal di bandar dan faktor mencari pekerjaan lebih mudah yang tersedia di kawasan bandar.

Pembangkang sebenarnya tidak ada isu yang boleh didakwa berkaitan persempadanan semula pilihan raya. Atas sebab itu, mereka mempergunakan PATI sebagai kambing hitam, sedangkan tiada bukti bahawa PATI dibenarkan mengundi dalam pilihan raya. Noktah!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook