TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:(i) Ketua Menteri Sabah juga patut dihadkan penggalnya... Oleh FB Luke Js Biajin (screenshot)
KALAU seseorang itu tidak mengikuti perkembangan politik Sabah, maka apabila bercakap soal-soal jawatan politik seolah-olah seperti seekor rusa masuk kampung.
Untuk pengetahuan pengikut pengguna facebook itu walaupun pengguna itu veteran dalam laman sosial, mungkin berpura-pura bodoh sombong. Sebenarnya pengguna facebook itu, tidak bercakap benar kerana dia tahu sejak Sabah merdeka lazimnya tempoh Ketua Menteri hanya 9 tahun dan kemudiannya tempoh itu disingkatkan kepada dua tahun bermula tahun 1994. Oleh kerana menghadkan masa jawatan Ketua Menteri tidak membantu pembangunan negeri dan rakyatnya, maka pada tahun 2004 tempoh itu telah dimansuhkan untuk jawatan Ketua Menteri.
"Benar juga perkiraan para pemimpin Sabah apabila tempoh jawatan Ketua Menteri dimansuhkan, maka kadar pembangunan negeri dan rakyat semakin rancak".
Kerajaan Sabah dapat membentang bajet sebanyak RM4 bilion setahun dan seterusnya pendapatan negeri di atas angka itu sehinggakan perbendaharan negeri mendapat simpanan kewangan melebihi RM3 bilion. Jumlah simpanan kewangan negeri itu sehingga kini bukan sahaja kekal tetapi telah meningkat dengan baik.
Bagi mereka yang tidak mahu kerancakan pembangunan negeri dan rakyatnya, suka agar tempoh Ketua Menteri dihadkan seperti mana kehendak pengguna facebook tersebut.
0 comments:
Post a Comment