Latest News

Thursday 22 September 2016

ULASAN RINGKAS: Di situ Penduduk OKU & Sakit Mental!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Salleh Keruak dan Rahman Dahalan, rakyat sangat perlukan bantuan kamu berdua... Oleh FB Page Tulun Sabah (screenshot)

MAKLUMAT SAHIH YANG DITERIMA: Sebenarnya, penduduk itu berasal daripada Kampung Labuan, Kota Belud dan kemudiannya berpindah ke Kampung Jawi-Jawi, Kota Belud. Memang keadaan penduduk itu diketahui semua pihak dan mendapat bantuan kebajikan daripada Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah. Penduduk itu adalah OKU dan juga penduduk sakit mental dan rata-ratanya pihak keluarganya sendiri mengabaikannya.

Terima kasih kepada pengguna facebook tersebut kerana menghebahkan keadaan penduduk itu agar mendapat lebih bantuan dana yang lain dan pada masa yang sama anak saudaranya mengambil tahu berkenaan akan saudaranya di sana untuk lebih baik menghantar mereka ke Hospital Mesra, Bukit Padang.

Sakit mental hanya boleh dikawal melalui makan ubat secara berjadual dan sewajibnya keluarganya perlu menghantar mereka ke rumah sakit jiwa untuk rawatan lanjut dan penjagaan yang lebih baik.

Untuk makluman, tiada manusia dalam keadaan sakit mental dapat mengurus dirinya sendiri dan sebab itulah keadaannya adalah sedemikian.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook