Latest News

Wednesday 14 September 2016

Ulasan Salleh Terhadap Laporan WSJ

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Standard kebuduhan umno memang terhebat didunia... Oleh FB Page Remove Musa Remove Umno Sabah (screenshot)
(ii) Salleh Said Keruak Beruk saran WSJ... Oleh FB Ds Chazy Chaz (screenshot)
(iii) FOR INTERFERING WITH MALAYSIA'S AFFAIR OR FOR EXPOSING OR WHISTLE-BLOWING THE BIGGEST SINGLE HEIST TAKEN PLACE IN THE WORLD... Oleh FB Page The Voice Of Borneo (screenshot)

SELAMA hampir dua tahun, The Wall Street Journal (WSJ) menjadikan Dato' Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor sebagai objek laporan media milik Rupert Murdoch tersebut. Rupert adalah rakyat Australia yang bermastautin di Amerika Syarikat. Mogul media ini memang terkenal campur tangan dalam hal ehwal negara asing termasuk menjatuh pemimpin yang dipilih secara demokrasi. Berdasarkan kepada kekuatan media, maka mereka menjalankan laporan berkala berasaskan persepsi, cerita rekaan dan menulis cerita rekaan itu seperti cerita benar.

Beberapa tahun lalu, media itu menyasarkan pemimpin Singapura dengan berbagai laporan berkala. Apabila semua laporan mereka didapati auta dan mahkamah memutuskan agar media itu membayar sejumlah wang sebagai ganti rugi atau denda, kini media itu beralih kepada Dato' Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor. Mereka tegar melakukan kerana mereka arif benar akan proses menyaman dan proses mahkamah pula memerlukan masa yang panjang. Jika Dato' Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor bertindak menyaman media itu, pasti tidak akan dapat diselesaikan dalam masa 4 hingga 5 tahun dan masa itu cukup mengumpulkan impak negatif kepada objek mereka. 

Oleh sebab itu, Datuk Seri Salleh Tun Said Keruak membuat kesimpulan bahawa sebenarnya media itu sebenarnya masuk campur dalam urusan politik Malaysia. Ekoran campur tangan itu, maka Menteri Komunikasi dan Multimedia itu menyindir dan mencabar mereka menamakan siapa sebenarnya calon media itu dalam politik Malaysia dan dicabar agar media itu melalui calon yang dinamakannya untuk bertanding dalam pilihan raya (PRU) Malaysia kelak.

WSJ senantiasa membuat laporan yang kononnya memetik penyiasat yang terlibat dengan siasatan. Namun setakat ini, tidak pernah menyebut sumber itu! Apa yang malang, laporan yang dibuat oleh media itu hanya persepsi dan tiada kebenaran. Media itu mereka-reka berbagai maklumat seolah-olah maklumat itu betul, sebaliknya dokumen maklumat itu tidak dapat dikemukakan oleh media tersebut.

Bagaimana Salleh boleh menyatakan salah atau betul, sedangkan beliau bukan seorang hakim. Juga, bagaimana media itu mengatakan Jika Dato' Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor salah kerana tiada satu mahkamahpun menyatakan mereka bersalah. Sebenarnya, WSJ merupakan penyiasat, pendakwa dan hakim sekaligus! Najib dan Rosmah dihukum oleh media yang mempunyai matlamat tertentu.

Lazimnya, media tidak akan menghabiskan masa dan ruangannya jika tidak mendapat bayaran. Media seperti WSJ tidak akan bertindak percuma. Tuntasnya, Rupert Murdoch seorang pemilik media yang rakus! Be careful!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook