Latest News

Sunday 2 October 2016

30 RIBU RESIT Kad Pengenalan Untuk PATI Di Tawau Suatu Dakwaan Fitnah! Mesti Baca...

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Pas inilah yang membantu p.t.i... Oleh FB Page Pembongkaran Penipuan BN UMNO (screenshot)
(ii) Benar sangat kah dakwaan masyarakat, kata mereka JPN telah  ... Oleh BLOGGER Jalin Luin (screenshot) (screenshot)
(iii) Benar sangat kah dakwaan masyarakat... Oleh FB Jalin Lui (screenshot)

JABATAN Pendaftaran Negara (JPN) Sabah telah membuat laporan polis berkenaan dengan dakwaan tersebut kononnya jabatan itu mengeluarkan resit kad pengenalan sebanyak 30 ribu seperti mana yang diviral di laman sosial. Jabatan itu menafikan sekeras-kerasnya mengeluarkan resit seumpama itu. Resit yang diviralkan merupakan suatu rekayasa liar dan palsu kerana resit seumpama itu tidak pernah wujud dalam sistem JPN.

JPN meminta pihak Polis dan SKMM menyiasat pihak-pihak tertentu yang membuat dakwaan palsu tersebut untuk diambil tindakan sewajarnya.

Pembangkang sememangnya suka sangat membuat fitnah dan suka sangat membuat dakwaan palsu semata-mata untuk tujuan menghasut. Sudah tiba masanya pihak penguatkuasa mencari siapa mereka ini kerana bukan sahaja mengelirukan pengguna media sosial tetapi juga memberi imej negatif kepada JPN.

Mereka yang menabur cerita bohong ini tidak seharusnya hidup dalam lingkungan masyarakat yang harmoni, sebaliknya mereka ini perlu diamankan ke dalam penjara. Begitu juga dengan halnya dengan isu pas lawatan IMM 13 yang baru-baru ini telah disensasikan semula keberadaannya. Ada saja cerita yang diputar belit oleh sang pembangkang yang cuba dipertikaikan sewenang-wenangnya tanpa usul periksa. Pas IMM 13 telah banyak AFS telah mengulasnya termasuklah usul UNHCR mengenai kemanusiaan terhadap pergolakan di Selatan Filipina suatu ketika dahulu.

Tuntasnya, mereka yang mendakwa resit yang diviralkan itu sebagai betul, sebenarnya bukan sahaja menipu orang lain malahan telah menipu diri sendiri! Usah layan cerita palsu!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook