Latest News

Sunday 16 October 2016

40 Peratus Nilai Bersih Pendapatan Persekutuan Daripada Sabah: Dr. Jeffrey Kelirukan Rakyat

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Local born BN leaders in Sabah such as Musa, Anifah, Salleh, Dahlan, etc are useless... Oleh FB The Voice Of Borneo (screenshot)

OGOS lalu, satu perbincangan tidak formal di bawah inisiatif Dato' Sri Anifah Aman membincangkan kedudukan Sabah dalam “revenue rights under the special grants” dan bagaimana mendapatkan tambahan pendapatan melalui “addtional revenue rights provision of Federal Constitution”. Melalui perbincangan itu juga dibincangkan modus operandi pungutan hasil negeri yang perlu diketahui terlebih dahulu sebelum sebarang perbincangan berkaitan tentang “hak” Sabah dalam pendapatan persekutuan yang diperolehi daripada Sabah.

Membincangkan atau membuat tuntutan berkaitan bahagian negeri daripada pendapatan persekutuan di Sabah perlu kajian mendalam kerana ianya tidak boleh dibuat berasaskan percakapan sahaja, sebaliknya perlu disokong dengan data yang lengkap.

Memang dalam Perlembangaan ada terkandung butiran bahawa Hak-Hak Sabah dilindungi. Berasaskan kepada butiran itu, maka perlu kajian atau data dari segi mana hak-hak Sabah tidak dilindungi atau dicabuli. Bagi mendapatkan gambaran berhubung dengan hak-hak Sabah yang dicabuli atau sebaliknya, maka perlu menubuhkan satu jawatankuasa mengkaji butiran itu dan laporan mengenainya dihantar atau dikemukakan kepada Perdana Menteri sebagai Ketua Kerajaan.

Di Sabah, memang ada cakap-cakap atau perbincangan berhubungan dengan pendapatan bersih 40% daripada pendapatan Persekutuan di Sabah yang kononnya pernah diberikan kepada Sabah sehingga tahun 70-an, kemudiannya peratusan itu dihentikan dan digantikan dengan keperluan sebenar negeri. 

Sabah merupakan negeri yang luas, penduduk yang kurang dan taburan penduduk yang tidak merata. Berasaskan kepada kedudukan itu, maka Sabah memerlukan dana pembangunan yang besar bagi membina infrastruktur terutama prasarana asas seperti bekalan air bersih, bekalan janakuasa elektrik, jalan raya, kemudahan kesihatan, kemudahan pendidikan dan kawalan keselamatan. 

Selepas mengkaji keluaran kasar Sabah dan mengambil kira pendapatan Persekutuan daripada Sabah, kemudiannya hanya Nett Revenue yang diberikan kepada Sabah melalui pendapatan Persekutuan tersebut, maka apabila diambil kira dana daripada proses itu adalah tidak mencukupi untuk keperluan pembangunan Sabah. Atas sebab itulah, dana pembangunan Sabah didasarkan kepada keperluan negeri dan dana itu dimasukkan dalam Rancangan Pembangunan Lima Tahun Negara (RMK) dan diuraikan melalui Bajet Tahunan Negara.

Oleh kerana akhir-akhir ini, timbul berkenaan hasil Sabah kononnya diambil Persekutuan khususnya nett Revenue yang bernisbah 40% daripada pendapatan bersih Persekutuan, maka Dato' Sri Anifah Aman mengambil inisiatif mengumpul berbagai pihak untuk mengkaji rungutan tersebut melalui pembentukan jawatankuasa pengkaji. Secara rasminya, jawatankuasa itu belumpun ditubuhkan dan malangnya, Dr. Jeffrey telah membuat keputusan awal dan bertanyakan, apakah melalui Bajet Negara 2017 telah dimasukkan angka 40%? Apa yang mengelirukan berkenaan kenyataan ADUN Bingkor dan Presiden STAR itu, mendakwa bahawa beliau mewakili rakyat Sabah.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook