Latest News

Thursday 20 October 2016

Adakah jalan raya di Sabah tidak dibangunkan?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Hoiii MUSAng king misai tebal... Oleh FB Milin Biok Jr (screenshot)
(ii) Kamu masih percaya MUSA Aman bilang... Oleh FB Milin Biok Jr (screenshot)
(iii) Hasil Minyak sabah digunakan untuk memajukan tempat lain... Oleh FB Dusun Ausie (screenshot)

MILIN Biok Jr. mengatakan jalan raya di Sabah tidak dibangunkan dan menyalahkan YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman serta tunjang kerajaan iaitu UMNO sebagai parti pemerintah. Kenyataan Milin Biok Jr. ini jauh sama sekali meleset. Malah, kenyataan ini seolah-olah ingin merasuk rakyat membenci kerajaan sedia ada dan menyelitkan unsur-unsur tomahan yang buruk serta tidak betul.

Kerajaan negeri di bawah kepimpinan Datuk Seri Musa Aman telah banyak meluluskan peruntukan pembinaan jalan raya di seluruh pelosok Sabah. Juga, daerah Ranau sendiri tidak ketinggalan dalam agihan peruntukan pembinaan jalan raya.

Kerajaan negeri memperuntukan berjumlah RM1, 373.59 juta disediakan dalam tahun 2016 bagi penyediaan kemudahan infrastruktur dan prasarana awam. Daripada jumlah berkenaan, sebanyak RM213.34 juta akan disediakan untuk meneruskan pelaksanaan program-program pembinaan dan penyenggaraan jalan-jalan bandar dan luar bandar; pembaikan cerun, pembinaan dan penggantian jambatan lama; pengurusan trafik dan pengurusan keselamatan jalan raya.

Perkara ini jelas bahawa kerajaan negeri dibawah kerajaan UMNO/BN yang menjadi nahkoda di Sabah tidak meminggirkan pembangunan infrastruktur di negeri ini terutamanya di pedalaman. Justeru itu, semua kawasan di seluruh negeri juga akan mendapat agihan. Seharusnya, kita bersyukur dan bersabar kerana mana mungkin pembinaan infrastruktur ini mengambil masa singkat sehari dua. Kerja-kerja sedemikian sememangnya mengambil masa dalam tempoh tertentu untuk disiapkan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook