Latest News

Monday 17 October 2016

Anwar Meliwat: Mengapa Tun Dr. Mahathir Tidak Nafikan?


TUN Dr. Mahathir ke mahkamah hanya untuk berjumpa Anwar. Tindakan itu bertujuan supaya mantan Perdana Menteri itu dilihat sebagai manusia berhati mulia. 17 tahun permusuhan diakhiri apabila mereka bersalaman di mahkamah. Hanya bersalaman, tidak menggayakan gaya Arab, cium pipi dan berpelukan.

Mahathir membuat kenyataan perbalahan dengan mantan TPM yang dipecat tahun 1998 semasa mantan PM itu Perdana Menteri sudah dilupakan. Hanya dilupakan, tidak menafikan dakwaan seperti mana permintaan keluarga Anwar. (Nota: Anwar dipecat kerana dakwaan jenayah rasuah dan liwat. Anwar didapati bersalah dan masuk penjara 6 tahun).

Kini, Mahathir berbaik dengan Anwar hanya satu tujuan supaya penyokong PKR pimpinan isteri mantan TPM tersebut menyokong parti PPBM yang baru ditubuhkan.

Bagi mendapat sokongan daripada Sabah dan Sarawak, mantan Perdana Menteri itu menamakan Datuk Seri Shafie Apdal, mantan menteri KKLW yang dipecat daripada kabinet bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Julai 2015 sebagai Timbalan Perdana Menteri sekiranya pembangkang mengalahkan BN pada PRU-14. (Nota: satu fakta yang tidak boleh diubah selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri, paling ramai pemimpin Sabah dilantik ke dalam kabinet Persekutuan maksima hanya 2 orang dan itupun hanya jaga koperasi atau menteri tidak berportfolio).

Tindakan mantan PM itu untuk mendapatkan sokongan penyokong PAS, maka beliau menjanjikan memberikan royalti minyak seperti mana yang diminta rakyat Kelantan.

Melihat kepada tindakan mantan Perdana Menteri tersebut, nampaknya hanya menunjukkan keterdesakan sehingga menelan seluruh perbuatan beliau pada masa lalu. Tujuannya hanya mahukan anaknya Dato' Seri Mukhriz (boboi) Mahathir menjadi Perdana Menteri.

Tun Dr. Mahathir maklum bahawa hanya tindakan-tindakan drastik termasuk menjanjikan bulan bintang kepada rakyat kerana beliau tiada aura atau keupayaan sebagai pemimpin pembangkang. Ketidakmampuan beliau sebagai orator atau pemudah cara yang boleh mencipta jenaka bagi menarik orang ramai ke majlis yang beliau hadiri seperti mana yang boleh dibuat oleh Anwar, Mat Sabu malah Azmin Ali. Bagi mengatasi kekurangan itu, maka beliau bertindak secara visual seperti hadir ke mahkamah duduk di galeri menunggu musuh ketatnya, Anwar Ibrahim. Membuat kenyataan nakal seperti “isu menukarkan tukang masak beliau oleh Dato' Sero Najib Razak” dan kenyataan-kenyataan politik seperti mana yang disebut di awal tulisan ini.

Walaupun berbagai kenyataan politik dilakukan oleh mantan PM tersebut, namun apa yang pasti beliau TIDAK MENAFIKAN dakwaan beliau terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat kerana meliwat. Mungkin beliau menyimpan senjata itu dan apabila PRU-14 sedang berjalan, maka beliau membuat kenyataan bahawa kes liwat Anwar adalah ciptaan pihak Polis dan Peguam Negara.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook