Latest News

Saturday 22 October 2016

APA? NAJIB CUBA TUTUP SKANDAL AIR SABAH? Sila Baca!

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) najib cuba tutup skandal air sabah... Oleh FB Tulun Sabah (screenshot)
(ii) Kau jangan lupa, isu air di Sabah tu belum selesai... Oleh FB Jufazli Shii Ahmad (screenshot)

APA yang tidak dapat dibaca oleh mereka yang mendakwa Datuk Seri Musa Aman dan Tan Sri Pairin Kitingan yang kononnya perlu disiasat malah dikatakan terlibat dalam jenyah rasuah Jabatan Air Negeri Sabah, sedangkan dua pemimpin itu adalah benefisiari yang ditipu bulat-bulat oleh mereka yang merancang jenyah rasuah tersebut. 

Fakta lapangan, ratusan juta ringgit berjaya dirampas SPRM daripada para pegawai yang terlibat, bukan sahaja daripada Pengarah dan Timbalan Pengarah, malahan juga oleh bekas Timbalan Pengarah yang juga daripada beberapa salah seorang jurutera Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) (Daerah).

SPRM telah mengenal pasti melalui siasatan mereka sejak setahun lalu, jenayah rasuah di JANS merupakan jenayah terancang oleh para pegawai jabatan itu yang melibatkan semua peringkat di jabatan tersebut. 

SPRM dalam satu kenyataan telah menjelaskan bahawa melalui kajian sementara mereka melalui modus operandi yang dilakukan oleh para pegawai yang terbabit, jenayah rasuah terancang itu tidak melibatkan menteri baik negeri mahupun persekutuan.

Menurut sumber dalaman pihak SPRM, siasatan terhadap JANS secara menyeluruh sebenarnya atas permintaan Kerajaan Negeri Sabah. Atas sebab prasarana air di Sabah walaupun telah membelanjakan RM3.3 bilion sejak tahun 2010, namun keadaan bekalan air bersih bagi luar bandar tidak mengalami perubahan, malah bertambah teruk.

Bagi mereka yang mendakwa bahawa Datuk Seri Musa Aman terlibat atau perlu disiasat, "kena tepuk dada, tanya selera".
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook