Latest News

Wednesday 5 October 2016

APAKAH SEBENARNYA Cerita Permohonan Tanah Syarikat Begaraya S/B pada 19 Mac 1996?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) MUDANITA SAPP mendedahkan siapa dalang sebenar Begaraya  ... Oleh FB TJ Jamain (screenshot)

KETUA Menteri hanya memperakukan permohonan jika Penolong Pemungut Hasil Tanah (PPHT) dan Pejabar Hasil Bumi Sabah mendapati permohonan itu teratur, ertinya telah memenuhi semua persyaratan. Apabila permohonan seumpama itu dikemukakan kepada Ketua Menteri, biasanya tindakan Ketua Menteri memperakukan atau tiada halangan. 

Proses biasa permohonan tanah kerajaan memang melalui perakuan PPHT dan Pejabat Hasil Bumi. Tanpa perakuan itu maka Ketua Menteri tiada locus standi meluluskan permohonan. Memang dari segi protokolnya, semua permohonan tanah kerajaan perlu mendapat persetujuan daripada Ketua Menteri. Persetujuaan itu perlu berasaskan peraturan biasa. Ertinya, setiap agensi yang terlibat memproses permohonan tersebut perlu memperakukan kepada Ketua Menteri.

Jika ada tanah kerajaan yang diluluskan untuk syarikat-syarikat tertentu atau individu, maka permohonan itu telah diperakukan oleh PPHT dan Pejabat Hasil Bumi. Memang dalam pelaksanaannya, kerja-kerja PPHT dan Pejabat Hasil Bumi sangat bergantung kepada perakuan Ketua Menteri dan dalam proses menyediakan perakuan itu mungkin pihak pemohon “bekerjasama” dengan para pegawai yang menyediakan laporan kepada Ketua Menteri yang mungkin dalam situasi itulah berlakunya kekosongan sehingga Ketua Menteri membuat perakuan. 

Sebenarnya, Ketua Menteri boleh sahaja menolak permohonan itu jika ada alasan kukuh. Namun, jika laporan PPHT dan Pejabata Hasil Bumi juga kukuh, maka Ketua Menteri tiada pilihan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook