Latest News

Sunday 9 October 2016

Bila Mana Shafie Apdal Hormat SPRM?


APABILA SPRM mengumumkan mahu menyiasat 1MDB yang dihubungkaitkan dengan derma 681 juta dolar dan RM42 juta wang SRC International Sdn Bhd, Datuk Seri Shafie Apdal sibuk mendesak Dato' Seri Najib Razak meletakkan jawatan. Apabila SPRM mengesahkan bahawa wang 681 juta dolar (RM2.6 bilion) memang derma daripada Arab Saudi, mantan Menteri KKLW itu tetap juga meminta Dato' Seri Najib Razak meletakkan jawatan. Apabila Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali membuat keputusan NFA (Tiada Tindakan Lanjut) terhadap dakwaan berkaitan 1MDB, pun demikian Shafie bersama Tan Sri Muhiyiddin Yassin, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Dato Seri Mukhriz Mahathir masih juga mendesak Najib letak jawatan.

Kini, apabila banyak pihak menuding jari kepada mantan menteri KKLW itu akibat terbongkarnya jenayah rasuah di Jabatan Air Negeri Sabah berkaitan dengan dana daripada KKLW semasa beliau masih menteri, boleh-boleh pula berkata bahawa Tan Sri Pairin Kitingan tidak percaya kepada siasatan SPRM. Sebab itu, menurut Shafie, Timbalan Ketua Menteri Sabah itu menjelaskan bahawa penyelewengan berlaku terhadap dana KKLW kerana Kerajaan Negeri Sabah tiada kuasa membuat keputusan dan tidak ada peluang memantau kerana kerajaan negeri tidak dilibatkan dalam proses tender atau proses pelantikan kontraktor pelaksana. Selain itu, kerajaan negeri juga tidak diberi taklimat berkaitan dengan progress atau pencapaian pelaksanaan projek dan kerana itulah kerajaan negeri tidak dapat memantau.

Jabatan Air Negeri Sabah, selain dilantik sebagai agensi pelaksana dana persekutuan yang bersumber daripada persekutuan juga merupakan agensi pelaksana dana daripada kerajaan negeri. Namun, dana yang berasal daripada kerajaan negeri dipantau sepenuhnya oleh kerajaan negeri melalui Kementerian Kewangan Negeri.

Berkaitan terbongkarnya bahawa Pengarah dan Timbalan Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah dikatakan masing-masing mengawal 17 dan 21 buah syarikat (jumlah 38 syarikat) sehingga mereka mampu menyelewengkan wang ratusan juta ringgit, harta tidak bergerak dan bergerak ditambah dengan simpanan wang dan harta di luar negara. Tidak pasti pula apakah syarikat-syarikat yang dikawal oleh dua pegawai kanan kerajaan itu juga telah mendapat kontrak projek daripada dana Kerajaan Negeri. 

Apabila pihak SPRM selesai menjalankan siasatan dan menghadapkan mereka yang terlibat dalam jenayah rasuah terbesar di negara ini akan diketahui apakah melibatkan dana daripada kerajaan negeri juga ataupun tidak.

Pada masa ini, terlalu awal untuk mengetahui kerana SPRM masih menjalankan siasatan. Jika sekiranya projek bekalan air yang mendapat dana daripada Kerajaan Negeri di mana kontraktornya juga termasuk dalam 38 syarikat yang dikawal dua pegawai kanan kerajaan itu, maka adalah sesuatu yang malang kerana pihak pembuat keputusan berjaya dikaburi jenayah rasuah terancang yang boleh dianggap tercanggih kerana dalam tempoh masa 6 tahun pihak kerajaan tidak dapat mengesannya termasuk Ketua Audit Negara. 

Akan tetapi melalui kenyataan Tan Sri Pairin Kitingan, menteri yang bertanggungjawab terhadap Jabatan Air Negeri Sabah bahawa hanya dana daripada KKLW sahaja yang dimonopoli oleh dua pegawai kanan kerajaan yang direman oleh pihak SPRM pada seminggu yang lalu. Jika kenyataan Tan Sri Pairin itu adalah benar, maka tumpuan kini hanya pada dana RM3.3 bilion daripada KKLW yang disalurkan terus ke Jabatan Air Negeri Sabah semasa Shafie masih menjawat menteri. Oleh kerana Shafie tiada jawatan lagi, maka desakan meletakkan jawatan tidak timbul lagi, sebaliknya desakan kepada SPRM agar membuat siasatan terhadap beliau.

Sebenarnya, kecurigaan terhadap projek-projek KKLW di Sabah telah dibuat oleh mantan MP DAP Kota Kinabalu pada tahun 2011, yang mana MP itu mendedahkan kebanyakan projek-projek kendalian KKLW di Sabah telah dinaikkan harga untuk tujuan mendapatkan dana politik. Sejauh mana penglibatan Shafie berhubung dengan dana RM3.3 bilion yang dijalankan Jabatan Air Negeri Sabah di bawah pengawasan Pengarah dan Timbalan Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah, akan diketahui sedikit masa lagi. Adalah diharapkan, pihak SPRM mempercepatkan pendakwaan kerana rakyat Sabah menunggu pihak mana yang merampas hak rakyat Sabah.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook