Latest News

Wednesday 26 October 2016

BUDAK GILA Mengarut Lagi...

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Kau rajin turun Tawau ya... Oleh FB Jufazli Shii Ahmad (screenshot)

PEMIMPIN Sabah dan rakyat Sabah tertipu bulat-bulat oleh para pegawai Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) sebagaimana perumpamaan "harapkan pagar, pagar makan padi". 

Kalau bukan kerakusan kuasa Datuk Seri Shafie Apdal semasa mengendalikan Kementerian KKLW, rakyat Sabah sebagai benefisiari tidak dirugikan sedemikian teruk sekali.

Bayangkan dana sebesar RM3.3 bilion sejak tahun 2010 dengan tujuan khusus membina prasarana Bekalan Air Luar Bandar, hanya 30 peratus sahaja yang sampai ke rakyat. Manakala selebihnya habis disunat oleh para penyangak.

Datuk Seri Musa Aman bukan sekali akan tetapi puluhan kali meminta agar mempunyai kata putus atau terlibat dengan dana Persekutuan yang disalurkan melalui KKLW untuk Sabah. Namun, atas tindakan degil Shafie, maka permintaan itu tidak dilayan. 

Oleh kerana Shafie dan Musa merupakan pemimpin dalam parti yang sama yakni sebelum Ahli Parlimen (MP) Semporna itu keluar daripada parti pada September lalu, tidak dapat menzahirkan perbalahan dua pemimpin itu di khalayak umum namun secara dalaman.

Melihat kepada keadaan BALB seluruh Sabah yang sangat daif meskipun dana sebesar RM3.3bilion telah habis dibelanjakan, namun pihak Kerajaan Negeri Sabah meminta SPRM agar satu siasatan dijalankan terhadap Jabatan Air Negeri Sabah secara menyeluruh. 

Hasil siasatan SPRM itu bermula tanggal 5 Oktober, ianya bukan sahaja berjaya membongkar para petualang dalam JANS, akan tetapi juga dapat berjaya merampas ratusan juta ringgit termasuk wang tunai dan berbagai bentuk harta termasuk barangan lifestyle.

Orang muda yang mengaku ada pelajaran iaitu pengguna facebook itu bagaikan seperti seorang penghisap gam, yakni tidak tahu apa yang diperkatakannya kerana dakwaannya semuanya auta dan tidak berpaksi pada mana-mana rekod atau fakta. Sungguh menyedihkan lagi, Datuk Tawfiq Titingan pun dilibatkan juga asalkan posnya mendapat sambutan hangat.

Biasalah, kalau budak penagih dadah, emak atau ayahpun boleh ditikam hingga mati kerana otak tidak berfungsi lagi. Maaf! Hari ini pedas sedikit!.. 
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook