Latest News

Friday 14 October 2016

CAKAP SEMBARANGAN 1MDB, RAHMAN & SALLEH - Si Jalin Berjiwa Kosong

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Sebelum ini Datuk Abdul Rahman Dahlan dan terutamanya Datuk Salleh Said... Oleh FB Jalin Luin (screenshot)

ADALAH menjadi kebiasaan bagi seseorang yang berjiwa kosong apabila membuat sebarang kenyataan yang kenyataannya juga kosong. 

Orang yang berjiwa kosong seperti Jalin Liun (penyokong tegar Datuk Seri Shafie Apdal) akan senantiasa bercakap tidak berpijak pada sebarang fakta kerana dia tiada naluri atau tidak ada kemampuan untuk bercakap perkara-perkara yang berasaskan fakta. Dia bertindak seperti orang buta, "ular dikatakan belalai gajah".

Disebabkan jiwa yang kosong, maka apabila membaca laporan Wall Street Journal (WSJ), entah dia fahamkah atau tidak tetapi terus membuat andaian yang sesuai dengan jiwanya yang kosong dan mula merapuh bagaikan "pesakit mental daripada Hospital Mesra, Bukit Padang". Pesakit mental, tetap sahaja pesakit mental kerana pesakit mental boleh sahaja mendakwa pernah naik ke bulan dan kembali dalam masa yang singkat.

Sebenarnya, apa yang dinyatakannya tidak perlupun dilayan. Namun, kerana ianya diviralkan melalui laman sosial maka perlu juga diberi penjelasan tentang duduk perkara sebenar apa yang dikatakannya.

Bagi pengetahuan pembaca, 1MDB merupakan syarikat yang ditubuhkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia dengan modal RM1 juta daripada kerajaan pada tahun 2009. Oleh kerana keyakinan dan kepercayaan pemberi modal, maka syarikat itu mampu mengumpul harta bernilai lebih RM50 bilion, yang mana cara mendapatkan harta itu adalah melalui pinjaman atau menerbitkan bon. Adalah satu pencapaian luar biasa sebuah syarikat, di mana mampu diberi kepercayaan oleh pemberi modal sebanyak 42 ribu kali berbanding modal asal. Dengan kepercayaan itu, syarikat yang bermodalkan RM1 juta, kini mempunyai harta terkumpul yang begitu besar, malahan melalui penggunaan modal pelabur, syarikat itu telah mendapat keuntungan hampir RM10 bilion. Individu seperti Jalin Luin tidak mampu menerima fakta ini kerana akalnya yang tidak sampai ke tahap itu adalah kerana disebabkan tahapnya masih pada peringkat budak tadika yang hanya tahu mengira 1 hingga 3 dan kemudiannya lompat ke 9 dan 10.

Individu seperti Jalin Luin ini tidak akan mampu diberikan perkara-perkara benar kerana otaknya juga belum mampu menerima fakta-fakta kompleks. Sebagai umpamanya, bagaimana sebuah syarikat bermodalkan RM1 juta mampu mendapat keyakinan daripada pemberi modal sebanyak 42 ribu kali ganda. 

Sebenarnya, otak seperti Jalin Luin ini terlalu ramai di pihak pembangkang kerana sifat pembangkang hanya tahu membangkang tetapi malang tidak tahu pula apa yang dibangkang.

Mempersoalkan mengapa Datuk Seri Salleh Tun Said Keruak dan Dato' Abdul Rahman Dahlan tidak membuat kenyataan berkaitan pembongkaran jenayah rasuah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS), mudah sahaja jawapannya. Kes itu di bawah siasatan SPRM. Salleh dan Rahman bukan pegawai SPRM dan bukan juga pencari maklumat berkaitan dengan kes tersebut. Pendek kata, tidak adapun keterkaitan dua menteri itu berkaitan dengan kes tersebut walaupun di negeri sendiri.

Mengapa pula Salleh dan Rahman membuat kenyataan berkaitan 1MDB? Sebabnya mudah! Semua penguatkuasa sudah membuat keputusan berkaitan dengan syarikat milik Kementerian Kewangan Malaysia tersebut. Malangnya, kenyataan pihak-pihak yang bertanggungjawab itu diputar belit oleh pihak pembangkang. Jadi adalah menjadi tugas pemimpin kerajaan seperti Salleh dan Rahman memberitahu  atau memaklumkan kepada rakyat apa kedudukan sebenar tentang hal tersebut. Berkaitan dengan kes Jabatan Air Negeri Sabah, tunggulah siasatan SPRM selepas agensi itu membuat keputusan dan barulah para pemimpin kerajaan bersuara. Itupun kalau keputusan SPRM itu diputar belit.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook