Latest News

Saturday 15 October 2016

Di Sebalik Jenayah Rasuah Jabatan Air Negeri Sabah


JENAYAH Rasuah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) bukan sahaja menjadi rasuah terbesar yang melibatkan pegawai kerajaan akan tetapi ianya merupakan satu skandal atau rancangan  jenayah rasuah terancang.

Punca mengapa jenayah rasuah terancang ini berlaku kerana perbuatan pihak-pihak tertentu mempergunakan kuasa yang pada dirinya dengan mewujudkan saluran atau jaringan tertentu kononnaya atas asas pengawasan.

Melalui jaringan jenayah terancang itu, mereka yang terlibat mempergunakan semua peraturan yang berkuatkuasa seperti SOP, Tatacara Kewangan, Akta Kontrak 1949 dan semacamnya. Modus operandi yang mereka gunakan adalah mematuhi semua persyaratan yang terkandung dalam perundangan yang berkuatkuasa supaya rancangan jenayah terancang mereka tidak dapat dihidu oleh kerajaan.

Selama 5 tahun telah membabitkan puluhan bilion ringgit di seluruh negara mengguna pakai modus operandi yang sama. Memang untuk sementara, SPRM berjaya membongkar kes jenayah rasuah yang membabitkan RM3.3 bilion  bagi maksud pembinaan prasarana Bekalan Air Luar Bandar (BALB) bagi Sabah.

Mengingat kepada modus operandi mereka itu, SPRM berjaya merampas hampir RM200 juta berbentuk wang tunai, harta bergerak, harta tidak bergerak termasuk barangan lifestyle seperti rantai emas, jam bernama, beg wanita berjenama, wang tunai dan juga harta di luar negara. Rampasan sejumlah wang tersebut hanya membabitkan projek prasarana BALB, bagaimana pula dengan prasarana Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB), prasarana Program Jalan Luar Bandar (JALB)? Sudah tentu melibatkan ratusan juta ringgit diselewengkan oleh anggota kumpulan jenayah rasuah terancang tersebut.

Sebuah blog captainmgs.blogspot.my mendedahkan modus operandi yang dilakukan mantan Menteri KKLW dan pendedahan itu, sebenarnya adalah berpunca sebenar berlakunya jenayah rasuah terancang yang membabitkan dana persekutuan yang disalurkan melalui kementerian tersebut khususnya bagi tempoh 2010 - 2015.

Mengapa Pengarah, Timbalan Pengarah dan mantan Timbalan Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah dapat mengawal banyak syarikat bagi maksud pelaksanaan BALB Sabah? Sebabnya, mereka itu bertindak sesuai dengan keperluan peraturan yang tersedia di mana syarikat-syarikat yang dicadangkan atau dipilih atau dilantik, tiada siapa yang sanggup menolaknya termasuk Kementerian Kewangan Malaysia kerana syarikat-syarikat itu memenuhi semua persyaratan.

Oleh kerana modus operandi yang dijalankan oleh pihak-pihak tertentu bersandarkan kepada skrip jenayah rasuah terancang, maka ia hanya membabitkan mereka yang direkrut dalam kumpulan itu. Selama 5 tahun, operasi mereka menyebabkan semua yang terlibat menjadi kaya-raya. Para pelaku yang terlibat digambarkan secara tidak langsung oleh admin blog tersebut. 

Sungguh malang bagi rakyat yang memerlukan pembelaan kerajaan melalui KKLW yang terbantut disebabkan visi jahat dan kepentingan peribadi. Bukan sahaja rakyat menjadi mangsa tetapi juga kerajaan pimpinan Dato' Seri Najib Razak dan pimpinan Datuk Seri Musa Aman turut terpalit.

Jangka masa 5 lima tahun, bukannya singkat. Jumlah kewangan berpuluh bilion ringgit bukannya sedikit. Walaupun jenayah rasuah terancang ini berjaya dibongkar tetapi rakyat jua yang menjadi mangsa dan kerajaan juga yang terpalit imej buruk.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook