Latest News

Friday 21 October 2016

GERAN KOMUNAL Boleh Melumpuhkan 'Tabiat' Mereka Suka Menjual Tanah

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Penduduk kampung telah termakan janji manis BN umno pbs pbrs upko... Oleh FB Page Pembongkaran Penipuan BN UMNO (screenshot)
(ii) BN Terbukti Prihatin, Pastikan Pembangunan Di Sabah – Musa... Oleh FB  Jaymie Jaime (screenshot)

SUDAH-SUDAHLAH menabur tohmahan yang tidak betul kerana ianya boleh jatuh fitnah. Fitnah sungguh besar dosanya. Kali ini pengendali laman sosial iaitu Pembongkaran Penipuan BN UMNO sekali lagi membuat tuduhan semata-mata kepada UMNO, PBS, PBRS dan UPKO berkaitan pemberian 'geran komunal' oleh pihak kerajaan. 

Yang mengatakan ini hanyalah, "Cuma janji-janji manis yang ditabur".

Sedangkan, pemberian geran komunal ini salah satu penyelesaian serta kaedah terbaik kerajaan untuk mengengkang tabiat orang-orang kita yang suka menjual tanah. Sebabnya, pemilikan individu, maka mudahlah mereka untuk menjual tanah-tanah tersebut. Oleh yang demikian adalah baik sekiranya perkara ini dicegah sebelum ia mendatangkan kemudaratan kepada mereka yang mempunyai penyakit yang suka menjual tanah. Alangkah indahnya dengan adanya geran komunal ini pemilikan secara berkumpulan dapat dilaksanakan dan diselaraskan. 

Selain itu, geran komunal mereka juga tidak boleh sesuka hati lagi menjual tanah-tanah tersebut.

Mereka yang tidak bersetuju dengan pemberian geran komunal ini adalah mereka yang tamak tanah. Mereka ingin mengambil kesempatan daripada rakyat yang susah dengan cara mereka menawarkan untuk membeli tanah tersebut semata-mata untuk mengaut keuntungan seolah-olah mereka ini adalah puak-puak kapitalis yang rakus.

Sedar wahai orang-orang kita, kerajaan bukannya menjahanamkan rakyat. Sebaliknya, pihak kerajaan mencari penyelesaian yang paling terbaik untuk kebaikan semua rakyat supaya dapat memiliki tanah dan memberi hak-hak untuk kita.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook