Latest News

Saturday 22 October 2016

Geran komunal vs Tanah Adat?

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Geran komunal vs Tanah Adat... Oleh FB Page Pembongkaran Penipuan BN UMNO (screenshot)

TUJUAN 'geran komunal' adalah untuk mewariskan tanah pemberian kerajaan itu daripada pemilik pertama kepada pewarisnya, yakni daripada bapa kepada anak kemudian boleh diteruskan kepada lingkaran keluarga yang sama dan demikianlah seterusnya. Apa yang pasti, tanah itu tidak boleh dijual kepada sesiapa sahaja kecuali pewaris pertama yang tiada keturunan, maka tanah itu akan kembali kepada 'kumpulan sekampung'.

Isu yang ditanya oleh page facebook tersebut, apakah pemilik asal mati? Apakah boleh diwarisi anaknya? Jawapannya, sudah tentu ya!

Tujuan sebenar Kerajaan Negeri Sabah pimpinan Datuk Seri Musa Aman memperkenalkan 'geran komunal' kerana didapati selepas sahaja beliau dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah, lebih sejuta hektar atau lebih 2.5 juta ekar tanah kerajaan yang diberikan kepada rakyat sudah bertukar hak milik. Ertinya, pemilik asal telah menjual tanah yang diberikan kerajaan kepada mereka. Apa yang malang, tanah-tanah tersebut sepatutnya tidak boleh dimiliki oleh pihak-pihak tertentu, namun kerana kelicikan pembeli melalui penggunaan nama-nama proksi, maka tanah NT sudah diduduki oleh mereka yang sepatutnya tidak mendudukinya.

Selain itu, tujuan kerajaan memberikan geran komunal agar kerajaan dapat memberi bantuan secara langsung seperti pembinaan jalan-jalan perhubungan, kemudahan asas dan sebagainya.

Kepada page itu, janganlah khuatir kerana Kerajaan Sabah sungguh perhatian kepada rakyatnya. Oleh yang demikian, tiadalah yang perlu dibongkar oleh admin page itu kerana Kerajaan BN/UMNO dari dahulu lagi memang telus mengurus negara. Sebab itu, dari tahun ke tahun dapat meningkatkan bajet negara dengan rangsangnya. Bandingkan, bajet pertama hanya bernilai RM888 juta, kemudian bajet terakhir adalah RM260.8 bilion iaitu meningkat lebih 26 ribu kali ganda selama setengah abad.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook