Latest News

Saturday 22 October 2016

Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya dan Keningau BAKAL DITUTUP? Sila Baca!

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) MAKTAB PERGURUAN GAYA DAN KENINGAU BAKAL DITUTUP... Oleh FB Tj Ajamain (screenshot)
(ii) SILAKAN TUTUP SEMUA PINTU IMIGRESEN UNTUK MALAYAN KE SABAH JUGA... Oleh FB Doris Jones (screenshot)
(iii) BN bermaksud Bankrap Negara... Oleh FB Page Pembongkaran Penipuan BN UMNO (screenshot)

HANYA kerana dua IPG itu tidak mengambil pelatih sejak dua tahun lalu, maka diisukan bahawa dua IPG itu bakal ditutup.  Sebenarnya, sehingga setakat ini tiada sesiapapun yang pernah membuat kenyataan secara rasmi bahawa dua institut perguruan itu bakal ditutup.

Oleh kerana tiadanya kenyataan rasmi daripada mana-mana pihak termasuk Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bahawa dua IPG yang berlokasi di Sabah tersebut (IPG Kampus Gaya di Kota Kinabalu dan IPG Kampus Keningau di Keningau), maka isu yang menyelubungi penutupan dua IPG tersebut bukanlah perkara benar melainkan hanya isu fitnah semata-mata. Tidak mengambil pelatih selama dua tahun bukan bermakna IPG itu ditutup. Kemungkinan pihak kementerian sedang mengatur perancangan lain berkaitan dua IPG itu.

Di negara ini, oleh kerana kursus perguruan bukan lagi semestinya dijalankan oleh institut atau dulunya dipanggil sebagai Maktab Perguruan, akan tetapi semua IPTA dan IPTS di negara ini menjalankan kursus pendidikan termasuk Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Memang dua IPG itu mempunyai nilai nostalgia bagi lepasan dua maktab tersebut. Akan tetapi, jika benarlah dua maktab tersebut bakal ditutup, ertinya, pihak kementerian mempunyai perancangan lain berhubungan dengan bakal-bakal guru yang baharu.

Pendidikan, semestinya mengikuti peredaran zaman. Jika dahulu maktab merupakan tempat melatih bakal-bakal guru, tetapi masa kini dan masa depan, melatih guru perlu melalui universiti.

Jika iapun dua IPG itu bakal ditutup, sudah tentunya pihak kerajaan mempunyai perancangan yang lebih baik. Tetapi hakikatnya, dua IPG itu tidak ditutup.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook