Latest News

Thursday 13 October 2016

Isu Elaun Wang Saku Pelajar (EWSP) "Pelajar Matrikulasi"

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Malaysia punyai Ekonomi bagus... Oleh FB Jo Nandu (screenshot)

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) terpaksa menangguhkan pembayaran Elaun Wang Saku Pelajar (EWSP) kepada 21,000 pelajar matrikulasi seluruh negara bermula Ogos lalu kerana kementerian sedang mengemaskan atau menjajarkan semula baki peruntukan kewangan yang sedia ada agar ia dapat digunakan secara optimum. Selepas penjajaran itu, maka EWSP akan dibayar kepada seluruh pelajar terbabit melalui akaun masing-masing selewat-lewatnya pada tarikh 18 Oktober ini.

Tidak timbul pembatalan atau pemansuhan EWSP kepada para pelajar berkenaan seperti mana diwar-warkan oleh berbagai pihak. Kementerian turut simpati kepada beberapa pelajar daripada golongan kurang mampu kerana akibat kelambatan itu, maka para pelajar berkenaan mengalami kesulitan.

Kelambatan bayaran EWSP menjadi isu apabila ada pihak-pihak tertentu mengangkat perkara itu sebagai isu besar, sedangkan ianya hanya melibatkan teknikal.

Kementerian Pendidikan Malaysia, sebenarnya tidak berdepan dengan pembayaran elaun seumpama itu kerana bayaran seumpama itu telahpun dibajetkan. Harap maklum!

  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook