Latest News

Wednesday 12 October 2016

ISU JENAYAH RASUAH JABATAN AIR NEGERI SABAH, MODAL POLITIK PEMBANGKANG?


SELEPAS PRU-13, memang tidak terdapatnya isu yang boleh dijual pembangkang kepada rakyat, malahan pula kumpulan pembangkang dalam keadaan kucar-kacir. Namun, apabila jenayah rasuah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) dibongkar pada 4 Oktober lalu yang melibatkan dua pegawai kanan jabatan itu (Pengarah dan Timbalannya), maka berlaku perang kenyataan, "seolah-olah “kerajaan” melepas tangan". Kenyataan daripada Tan Sri Pairin Kitingan, menteri yang mengetuai kementerian yang mengawal selia Jabatan Air Negeri Sabah, memperkuatkan andaian sebelum ini bahawa dana daripada KKLW untuk Sabah semasa Datuk Seri Shafie Apdal menerajui kementerian tersebut tidak disalurkan kepada kerajaan negeri, sebaliknya diurus sendiri oleh kementerian tersebut. Malah, Ahli Parlimen (MP) Tenom, Datuk Raime Unggi dengan lantang meminta SPRM menyiasat Datuk Seri Shafie Apdal.

Di pihak pembangkang pula, mereka melakukan tiindakan “damage control” apabila sungguh mengaitkan Ketua Menteri Sabah kerana menurut mereka, para pegawai yang ditangkap adalah Pegawai Kerajaan Negeri, jenayah rasuah tersebut berlaku di Sabah dan projek-projek yang terlibat adalah projek-projek yang dijalankan di Sabah. Dalam keghairahan melakukan tindakan “damage control”, ada pencacai Shafie mengaitkan Pengarah (Ag. Mohd. Tahir Bin Mohd. Talib) sebagai Bendahari UMNO Bahagian Kimanis yang diketuai oleh Menteri Luar, Dato' Sri Anifah Aman. Ekoran dakwaan itu, Anifah terpaksa membuat kenyataan penafian.

Memang amat mengejutkan akan jumlah tangkapan yang meliputi wang tunai, harta bergerak, harta tidak bergerak, barangan lifestyle seperti jam berjenama, rantai emas, beg-beg berjenama serta wang yang disimpan di luar negara mencecah nilai RM200 juta. Jumlah rampasan itu mendekati andaian bahawa setiap projek mempunyai nilai kickback antara 10-35%. Untuk makluman, jumlah dana yang disiasat SPRM adalah sebanyak RM3.3 bilion, dana KKLW yang disalurkan ke Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) bermula tahun 2010 sehingga tahun 2015.

Dengan terbongkarnya jenayah rasuah di jabatan itu, bagi kerajaan, baik kepada kerajaan negeri mahupun kerajaan Persekutuan adalah berimpak negatif kerana pihak pembangkang bagaikan, "mengantuk disorongkan batal". Mereka mendapat isu untuk dijual kepada rakyat, di samping isu-isu 1MDB dan wang derma RM2.6 bilion diselitkan semula.

Meskipun, dianggap bahawa pendedahan jenayah rasuah di JANS itu boleh dipergunakan oleh pembangkang sebagai isu yang dijual kepada rakyat, pada masa yang sama juga ditakdirkan bahawa pemimpin yang boleh dianggap sebagai pemangkin kepada jenayah rasuah itu, kini bersama-sama pembangkang. Mengulas berkaitan keadaan itu, baik kerajaan mahupun pembangkang, apabila bercakap berkenaan dengan kes tersebut, empat (4) jari mengarah ke muka masing-masing! Sebabnya, dalam tempoh kejadian itu, Shafie masih merupakan pemimpin kerajaan. Berasaskan kepada keadaan inilah, Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, mengingatkan sesiapa jua untuk menghentikan saling tuding jari, sebaliknya memberi peluang kepada SPRM menjalankan tugas untuk menentukan siapa sebenarnya yang benar-benar terlibat dalam jenayah rasuah di JANS tersebut. 

Kes sudah ditangan SPRM, tindakan sudah dilaksanakan, siasatan sudah menjumpai banyak bukti yang bukan sahaja dokumen akan tetapi material. Semua pihak hanya menunggu SPRM mengemukakan semua jumpaan atau temuan kepada Peguam Negara untuk tindakan pendakwaan.

Bagi rakyat pula, semakin cepat pendakwaan kepada pihak-pihak yang terbabit sangat diharapkan agar semua hasil tangkapan dapat dikembalikan kepada rakyat untuk tujuan memperbaiki prasarana BALB Sabah yang masih merunsing.

Pendakwaan di mahkamah bukan sahaja menentukan siapa yang terlibat tetapi juga dapat membersihkan keterkaitan pemimpin negeri mahupun pihak-pihak tertentu di KKLW.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook