Latest News

Tuesday 4 October 2016

ISU Terbengkalainya Hospital Telupid

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Hospital yg terbengkalai.. inikah projek BN/UMNO?? ... Oleh FB Tj Ajamain (screenshot)

PADA tanggal 14 September 2016 telah diperolehi peruntukan sejumlah RM39,913,458.12 juta untuk meneruskan pembinaan hospital yang terbengkalai tersebut.

MP Beluran, Datuk Dr. Ronald Kiandee telah maklum berkenaan dengan peruntukan tersebut dan seterusnya kerja mula akan ditentukan oleh Jabatan Kerja Raya termasuk melantik kontraktor pelaksana.

Biasanya, projek terbengkalai demikian akan memakan masa antara 12-18 bulan. Oleh kerana peruntukan baru diperolehi, maka biasanya pihak Jabatan Kerja Raya memerlukan 3 bulan untuk memilih dan melantik kontraktor pelaksana. Jika demikian, maka dijangka hospital tersebut akan siap sepenuhnya pada awal tahun 2018.

Jabatan Kerja Raya (JKR) kena berhati-hati melantik kontraktor untuk mengelak projek itu terbengkalai sekali lagi. Lazinya, projek terbengkalai seumpama ini bukannya disebabkan oleh peruntukan, akan tetapi kontraktor yang dilantik tidak menjalankan amanah yang diberikan. Sebaliknya, mempergunakan peruntukan yang diberikan untuk tujuan-tujuan lain termasuklah memenuhi gaya hidup mewah (lifestyle).
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook