Latest News

Wednesday 12 October 2016

Jenayah Rasuah Jabatan Air Negeri Sabah: Jufazli Mengaku Menyimpan BUKTI???

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Perisikan maklumat Gerakan Anak Muda Selamatkan Sabah ada memegang satu bukti dokumen rasmi kontrak air... Oleh FB Jufazli Shii Ahmad (screenshot)

SOALAN Pertama: Pernahkah Jufazli bertugas di sebarang agensi kerajaan yang ada hubungan dengan DANA KKLW?

Soalan Kedua: Apakah Jufazli sebahagian daripada SPRM?

Soalan Ketiga: Apakah Jufazli juga sebahagian daripada kontraktor pelaksana BALB?

Jika ketiga-tiga soalan itu tidak memenuhi profile pencacai itu, maka dakwaan dia yang kononnya menyimpan bukti-bukti berkaitan jenayah rasuah Jabatan Air Negeri Sabah, berkemungkinan besar dokumen yang dimaksudkan itu adalah “toad” atau katak puru. 

Jufazli, berkemungkinan besar mencontohi perbuatan Mohamad Ezam Mohd Nor yang mendakwa menyimpan berkotak-kotak dokumen rahsia kerajaan. Atas sebab itu, ke sana ke mari dengan sejumlah kotak akan tetapi akhirnya didapati isi kotak itu adalah lampin orang dewasa yang tidak dapat mengawal kencing.

Kemungkinan besar juga dokumen yang diakui disimpan itu adalah dokumen-dokumen yang dimuat naik di internet kemudian di ubah sana sini dengan memadam perkara-perkara yang ada hubung kait dengan Datuk Seri Shafie Apdal. Kemudiannya ditukar kepada nama Datuk Seri Musa Aman, sebabnya pencacai itu sudah paranoid dengan nama Ketua Menteri sehingga apa sahaja tindakannya senantiasa teringatkan nama Datuk Seri Musa Aman. 

Anak muda yang mempunyai cita-cita akan tetapi tidak diterima oleh kalangan sebayanya dan sebab itu, apabila bertanding di Parlimen Belia ditolak habis oleh rakan-rakan belianya. Untuk menunjukkan dia berani, maka menjadikan dirinya seperti seekor lembu patah tanduk mengamuk tidak tentu pasal dan cuba menjadikan Datuk Seri Musa Aman menjadi sasaran supaya dia kenampakan jaguh di kalangan rakan sebayanya.

Dia memilih untuk menabur fitnah kerana hanya melalui cerita fitnah, rakan sebayanya akan tertarik kepada kenyataan-kenyataannya. Dia tidak tahu bahawa tertarik dengan menyokong mempunyai perbezaan seperti ibarat bumi dan langit.  Dia merasa popular di laman sosial tetapi dia tidak tahu semua itu bagaikan buih-buih laut yakni tiada makna langsung.

Berbuih sahaja mulut anak muda itu, malangnya tidak akan ada orang yang percayainya.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook