Latest News

Tuesday 11 October 2016

Jenayah Rasuah Jabatan Air Negeri Sabah: KKLW Bersiap Sedia Membantu Siasatan SPRM


MENTERI KKLW, Dato' Ismail Sabri Yaakob dipetik sebagai berkata, kementerian itu sedang bekerjasama dengan SPRM menyediakan maklumat seluruh projek yang dikaitkan dengan projek prasarana Bekalan Air Bersih Luar Bandar (BALB) di Sabah bernilai RM3.3 bilion bagi tempoh 2010-2015. Menteri yang bertanggungjawab untuk tempoh pada masa itu adalah Datuk Seri Shafie Apdal. Ahli Parlimen (MP) Semporna itu dilantik sebagai Menteri KKLW pada tahun 2009 sehingga Julai 2015. Melalui penjelasan itu, menerangkan maksudnya sendiri bahawa operasi SPRM melalui OPS Water yang menyebabkan tertangkapnya Ag. Mohd. Tahir Bin Mohd. Talib dan Ir. Teo Chee Kong, Pengarah dan Timbalan Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah yang melibatkan dana daripada KKLW.

Siasatan awal SPRM bermula 4 Oktober lalu berjaya menjumpai lebih RM114 juta wang tunai berupa harta bergerak, harta tidak bergerak termasuk barang kemas, tanah, rumah, barang kemas dan beg berjenama.


Para pemimpin pembangkang terutama yang satu kem dengan Shafie, menafikan bahawa mantan Menteri KKLW tersebut tiada hubungan dengan kes jenayah rasuah di Jabatan Air Negeri Sabah JANS). Sebaliknya, merujuk kepada Ketua Menteri Sabah kerana menurut mereka, jenayah rasuah tersebut membabitkan kakitangan kerajaan negeri dan bukannya kakitangan persekutuan. Namun, apa yang mereka sembunyikan bahawa Jabatan Air Negeri Sabah adalah agensi pelaksana kepada dana KKLW untuk tujuan projek BALB Sabah. Selain itu, mereka tidak menjelaskan bahawa kawal selia kepada seluruh projek yang dibiayai KKLW diurus sepenuhnya oleh kementerian tersebut bermula daripada nama projek termasuk kawasan di mana projek itu dibina, nilai projek, menamakan kontraktor termasuk melantik memantau dan membayar tuntutan kontraktor.

Para pemimpin pembangkang dalam kumpulan Shafie termasuk para penyokongnya, cuba mengelirukan rakyat dengan tidak berkata benar, bahawa Pengarah dan Timbalan Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah merupakan agen KKLW di Sabah walaupun dua pegawai itu adalah kakitangan kerajaan negeri. Sebagai agen yang pintar, maka mereka mempergunakan pengetahuan mereka berkaitan modus operandi pemberian projek khususnya yang berkaitan dengan selective tender. Dua pegawai itu tahu benar bahawa syarikat-syarikat yang dicadangkan mereka akan diperakukan oleh menteri kepada Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) untuk dilantik sebagai kontraktor. Dua pegawai itu juga tahu betul bahawa hanya melalui perakuan mereka, maka Perbendaharan Persekutuan Sabah akan membayar tuntutan kontraktor. Melalui pengetahuan tersebut, maka dua pegawai kanan tersebut mewujudkan syarikat-syarikat kawalan mereka. Atas sebab itulah, semasa ditangkap didapati 17 syarikat di bawah kawalan Pengarah manakala Timbalannya 21 buah syarikat yang berjumlah 38 buah syarikat. Untuk sementara bagi dikenal pasti bahawa 38 syarikat yang dikawal dua pegawai tersebut didaftar atas nama keluarga mereka, dengan demikian, maka dikatakan bahawa mereka memonopoli projek-projek BALB Sabah sehingga mereka mampu mengumpul harta kekayaan termasuk wang tunai lebih RM100 juta.

Di atas kertas sejak tahun 2010, KKLW telah membelanjakan lebih RM3.3 bilion untuk BALB. Malangnya, setiap pelosok Sabah yang dikatakan dibina prasarana BALB, rakyat masih mengeluh, malah ada yang mengadakan tunjuk perasaan kerana tidak mendapat bekalan air 'berhari-hari'. Ekoran keluhan tersebut, maka SPRM membuka fail siasatan sejak setahun lalu. Hasil kemuncak siasatan itu adalah pada 4 Oktober apabila menahan reman Pengarah dan Timbalan Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah. Hasil penahanan itu, maka SPRM melakar sejarah berjaya membongkar jenayah rasuah terbesar yang membabitkan kakitangan kerajaan.

Ekoran penahanan dua pegawai kanan Jabatan Air Negeri Sabah, penyokong Shafie menjalankan “damage control” membuat dakwaan. Antaranya, Ag. Mohd. Tahir Bin Mohd. Talib adalah Bendahari Bahagian UMNO Kimanis, memaksa Dato' Sri Anifah Aman, Ketua Bahagian UMNO Kimanis membuat penafian. Selain daripada itu, penyokong Shafie melakukan “reverse Psychology” bahawa bos mereka tiada hubung kait dengan kes jenayah rasuah di Jabatan Air Negeri Sabah kerana jabatan itu merupakan agensi Kerajaan Negeri, bukannya Persekutuan. Sedangkan, di seluruh jajaran pentadbiran negeri mengetahui dengan jelas bahawa Kerajaan Negeri Sabah langsung tiada kawalan terhadap dana daripada KKLW semasa Shafie menjadi Menteri. 

Kepada penyokong Shafie, pemimpin pembangkang yang sekumpulan dengan Shafie termasuk Darell Leiking atau Junz Wong, janganlah menegakkan benang yang basah kerana benang basah tidak akan berjaya ditegakkan kecuali dimanipulasi dengan hebat.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook