Latest News

Tuesday 11 October 2016

Jenayah Rasuah Jabatan Air Negeri Sabah: MENGAPA Salleh & Rahman Dahlan Membisu??

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Terdiam pula dua ekor ni. Kenapa... Oleh FB Pembongkaran Penipuan BN UMNO (screenshot)
(ii) Bila bab Tun Dr Mahathir bukan main lagi si Rahman Dahlan dgn Salleh Keruak bercakap sampai hari2 masuk TV3... Oleh FB Page GPRS (screenshot)

SETIDAK-TIDAKNYA tajuk di atas merupakan reaksi para pengguna media sosial. Mereka mempersoalkan tentang kenapa dua pemimpin Sabah yang kerap muncul di TV itu dengan isu-isu yang melibatkan politik termasuklah komentar berhubung dengan tindak-tanduk mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Para pengguna media sosial yang mempersoalkan tindakan dua pemimpin Sabah itu tidak pula mengeluarkan kenyataan berkaitan jenayah rasuah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS). Sebabnya, mudah! Kes Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) bukan isu politik akan tetapi kes jenayah rasuah. Dalam kes itu, hanya pihak berwajib sahaja yang berhak membuat kenyataan dan dalam perkara ini, SPRM yang mempunyai kuasa untuk membuat kenyataan rasmi. Kenyataan Ketua Menteri Sabah juga hanya terhad kepada kenyataan umum iaitu meminta semua pihak jangan membuat spekulasi terhadap pihak-pihak tertentu selain para individu yang sedang disiasat oleh SPRM.

Membisunya dua pemimpin Sabah tersebut menunjukkan bahawa mereka itu patuh kepada perundangan negara. Tahu mana isu atau perkara yang boleh diulas atau membuat kenyataan.

Oleh kerana para pengguna media sosial yang rambang fikiran, maka tidak dapat membezakan mana satu isu politik dan mana satu kes perundangan. Jelas?
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook