Latest News

Wednesday 12 October 2016

Jenayah Rasuah Jabatan Air Negeri Sabah: Tumpuan Pada Tindakan SPRM Selanjutnya...


SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mempunyai tugas berat kerana selain mendokumenkan semua bukti-bukti yang berjaya diperolehi juga mempersiapkan/mengemaskini hasil siasatan  untuk dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tujuan membawa para individu yang telah disiasat ke mahkamah.

Untuk sementara telah dikenal pasti empat (4) individu sebagai Orang Kena Tuduh (OKT), masing-masing dua pegawai kanan kerajaan Pengarah dan Timbalannya, dua individu orang awam di mana salah seorang bergelar Datuk iaitu abang kepada Timbalan Pengarah beserta Akauntan syarikat yang dikuasai Datuk tersebut. 

Di atas kertas, SPRM akan mencadangkan sekurang-kurangnya 40 individu termasuk keluarga dua pegawai kerajaan tersebut kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk maksud pendakwaan ke mahkamah.

Jenayah rasuah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) membabitkan dana KKLW daripada tahun 2010 hingga 2015 sejumlah RM3.3 bilion. Hingga semalam, sejumlah wang tunai, harta bergerak, harta tidak bergerak termasuklah barangan lifestyle seperti jam berjenama, barangan kemas, beg berjenama serta wang tunai disimpan di luar negera mencecah RM200 juta yang dipercayai diselewengkan daripada dana kerajaan tersebut yang mana tujuan asalnya untuk membina prasarana Bekalan Air Luar Bandar (BALB) negeri Sabah telah berjaya disita SPRM.

Melalui kes jenayah rasuah JANS itu akan terdedah kelompangan beberapa peraturan kerajaan yang berjaya dimanipulasi oleh dua pegawai terbabit sehingga memungkinkan penyelewengan ratusan jutaan ringgit.

Kata peribahasa, "1000 ekor kerbau senang dikawal berbanding seorang manusia susah dikawal". Inilah yang berlaku di Jabatan Air Negeri Sabah apabila ada individu mengutamakan kepentingan peribadi berbanding negara dan orang ramai. Bayangkan sekian lama ratusan ribu rakyat, saban hari mengeluh kerana masalah air. Namun, dua individu tersebut bersama-sama dengan kumpulannya berpesta pora merompak hak rakyat.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook