Latest News

Sunday 9 October 2016

Jenayah Rasuah Jabatan Air Negeri Sabah: Kerajaan Persekutuan Perlu Ubah Pendekatan



KALAULAH gesaan Kerajaan Negeri Sabah supaya peruntukan daripada Persekutuan disalurkan terus kepada Kerajaan Negeri, besar kemungkinan kejadian jenayah rasuah terancang di Jabatan Air Negeri Sabah dapat dielakkan. Mengapa dapat dielakkan? Sebabnya, Kerajaan Negeri Sabah merupakan benefisiari atau yang berkepentingan dapat memantau selain tahu keadaan lapangan dan akan mudah mengetahui tahap pencapaian. Ini kerana setiap kawasan mempunyai wakil rakyat negeri atau pegawai kerajaan negeri yang boleh memberi maklum balas atau melakukan pengawasan.

Memang benar bahawa agensi kerajan negeri dilantik sebagai pelaksana tetapi caranya seperti mengahwini anak gadis orang, tanpa pengetahuan atau restu daripada ibu bapa gadis itu. 

Sejak sekian lama, terutama semasa wujudnya Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Sabah, tindakan jabatan itu seperti sebuah kerajaan dalam kerajaan. Demikian juga jabatan kerajaan negeri yang menjadi pelaksana projek-projek persekutuan dan para pegawai yang diberi mandat bertindak seperti Ketua Menteri dalam sebuah kerajaan yang mempunyai Ketua Menteri.

Apa yang berlaku di Jabatan Air Negeri Sabah, apabila berlaku kesepakatan bersama antara Pengarah dan Timbalan Pengarah, mereka menerima hakikat bahawa mereka hanya merupakan perantara atau budak suruhan para pegawai atau menteri daripada kementerian yang mengawal peruntukan. Oleh itu, mereka mendapat kepercayaan sebagai perantara dan sebagai pegawai yang mengetahui SOP dan Tatacara Kewangan, maka mereka memanfaatkan pengetahuan itu dengan mewujudkan apa yang diperlukan oleh SOP dan Tatacara Kewangan (Peraturan Kewangan).

Syarikat yang diwujudkan oleh dua (2) pegawai kanan Jabatan Air Negeri Sabah itu, sudah tentu memenuhi seluruh persyaratan SOP dan Tatacara Kewangan. Oleh kerana keperluan tender terhad hanya 10 syarikat yang berkelayakan, maka mereka dapat memonopoli semua syarikat yang dicadangkan. Syarikat manapun daripada 10 itu dipilih atau diberikan projek, syarikat tersebut adalah di bawah kawalan mereka. (Untuk Rekod, 17 syarikat dikaitkan dengan Pengarah, manakala Timbalannya 21 buah syarikat).

1.(6/10/2016) RASUAH TERBESAR Jabatan Air Negeri Sabah: Masa Untuk Menyiasat!
2.(6/10/2016) RASUAH Jabatan Air Negeri Sabah: Ismaily Bungsu, Mengapa GELABAH?????
3.(7/10/2016) MESTI BACA! LAGI RASUAH Jabatan Air Negeri Sabah:Yang satu gelebah,                                  Yang Si Zainnal Ajamain Pula Kelirukan Dirinya Sendiri
4.(7/10/2016) MESTI BACA: LEBARNYA BINGKASAN Aliran Peruntukan Persekutuan Untuk                              Sabah Atas Kesan Rasuah Itu 
5.(8/10/2016) TERBARU: PUNCA JENAYAH RASUAH JABATAN AIR NEGERI SABAH                                        DIDEDAHKAN!!!
6.(8/10/2016) Jenayah Rasuah Jabatan Air Negeri Sabah SATU Kelompangan Yang Dahsyat!

Sebenarnya, modus operandi kedua pegawai itu menjalankan jenayah rasuah terancang mereka bukan sahaja terhad kepada mencadangkan syarikat-syarikat, akan tetapi mereka itu “bersekongkol” dengan para pegawai yang terlibat dengan projek-projek sedmikian, yakni termasuklah Pegawai Kewangan Persekutuan, “runner” menteri atau “runner” para pegawai tertentu. Keadaan ini berlaku kerana mereka itu menganggap operasi mereka adalah operasi kerajaan dalam kerajaan dan kerajaan yang benefisiari tiada kuasa untuk memantau, apatah lagi membuat keputusan.

Melihat kepada besarnya jumlah rampasan SPRM berkaitan dengan jenayah rasuah terancang tersebut, bukan mustahil memang wujud hubungan “menang-menang” antara berbagai pihak. Jika tidak wujud  persetujuan “mutual” tersebut, tidak mungkin selama 6 tahun tidak ada sebarang teguran daripada menteri atau pegawai tertinggi daripada kementerian yang mengawal selia projek-projek bernilai lebih RM3.3 bilion.

Di atas kertas, dikatakan selama 6 tahun atau 2,190 hari, pungutan dua (2) pegawai itu tidak kurang RM200 ribu sehari. Jika demikian, maka jumlah wang yang diperoleh daripada projek itu untuk mereka berdua sahaja lebih RM400 juta. Jika benarlah bahawa hanya 40 peratus daripada jumlah itu sampai ke lapangan, maka sekurang-kurang RM1.6 bilion diperolehi pihak-pihak tertentu. Adalah tugas SPRM untuk menelusuri “sangkaan” ini dan jika perlu, agensi itu diperlukan menjalankan siasatan forensik kerana kes ini merupakan kes terbesar yang berhubung kait dengan keperluan rakyat Sabah yang dinafikan hak mereka akibat jenayah rasuah terancang yang amat dahsyat!

Kerajaan Persekutuan perlu bertindak balas serta-merta bahawa setiap peruntukan kepada Sabah perlu disalurkan terus kepada Kerajaan Negeri.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook