Latest News

Saturday 8 October 2016

Jenayah Rasuah Jabatan Air Negeri Sabah SATU Kelompangan Yang Dahsyat!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Pairin sila letak jawatan... Oleh FB Jo Nandu (screenshot)
(ii) Pairin twist fakta kununnya DSSA punya hal itu berjuta Jabatan Air... Oleh FB Luke Js Biajin (screenshot)
(iii) Pairin Belum Terima Laporan Siasatan Terhadap Pegawai Kanan... Oleh Web Sayang Sabah (screenshot)
(iv) Ayo Pairin.....in the case of JPAN... Oleh FB Mdaziz jms (screenshot)
(v) Mana RCI Report... Oleh FB Michael Solibun (screenshot)
(vi) Sabah's Deputy Chief Minister Pairin Kitingan says that... Oleh FB Ronnie Klassen (screenshot)
(vii) Who cares if it was during Shafie's time... Oleh FB Jo nandu (screenshot)
(viii) SABAH WATER SCANDAL ‘INNOCENT UNTIL PROVEN GUILTY’, STATES PAIRIN... Oleh FB Jaymie Jaime (screenshot)
(ix) Ikan jerung susah ditangkap, ikan bilis senang ditangkap..malaysia juara rasuah... Oleh FB Page Pembongkaran Penipuan BN umno (screenshot)
(x) Nda logik orang hanya kerja sebagai pengarah dan timbalan pengarah... Oleh FB Ds Chazy Chaz (screenshot)
(xi) Tempat sendiri tapi nda tau menau itu mcm lain bunyi dia... Oleh FB Ds Chazy Chaz  (screenshot)
(xii) Pairin twist fakta kununnya DSSA punya hal itu berjuta Jabatan Air... Oleh FB Luke Js Biajin (screenshot)

OLEH kerana mengejar kuasa, maka rakyat Sabah menjadi mangsa. Apa yang malang sekali, ramai rakyat menderita kerana berdepan dengan keperluan asas ada pula kakitangan kerajaan yang mengambil peluang.

Projek KKLW berjumlah lebih RM3.3 bilion sejak tahun 2010, ada yang mengatakan hanya 40 peratus sahaja sampai kepada rakyat, manakala bakinya masuk peti besi, masuk poket dan hilang entah ke mana! Penyebab kepada berlakunya keadaan ini hanya kerana KUASA antara GAJAH DAN GAJAH, AKHIRNYA PELANDUK MATI DI TENGAH-TENGAH.

Demi survival politik, mantan menteri KKLW berkeras untuk melaksanakan sendiri semua projek di bawah kementeriannya dengan “by pass” Kerajaan Negeri. Beliau menurunkan kuasa kepada agensi-agensi kerajaan yang seterusnya dipanggil sebagai agensi pelaksana ibarat mengahwini anak gadis orang tanpa mendapat restu daripada kedua belah ibu bapanya.

Adalah bohong jika Kerajaan Negeri tidak tahu bahawa peruntukan KKLW diturunkan terus kepada agensi-agensi kerajaan negeri. Mengetahui tidak sama dengan mempunyai kuasa. Kedudukan kerajaan negeri sama dengan status melihat gambar-gambar di kaca TV, dapat melihat tetapi tidak dapat mengenggamnya.

Oleh kerana status Kerajaan Negeri berkaitan dengan peruntukan daripada KKLW hanya mengetahui dapat melihat, akan tetapi LANGSUNG TIADA KUASA maka kedudukan itu di manfaatkan sebesar-besarnya oleh mereka yang tamak haloba seperti mana yang dilakukan oleh Ag. Mohd. Tahir Bin Mohd. Talib, Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah dan Ir. Teo Chee Kong, Timbalan Pengarah jabatan yang sama.

Kelompangan yang berlaku terhadap peruntukan KKLW kepada Sabah benar-benar dimanfaatkan oleh para pegawai yang tamak. Memang untuk sementara ini hanya Pengarah, Timbalannya, beberapa kontraktor keluarga dua individu itu berjaya ditahan SPRM dan AFS yakin akan ramai lagi bakal ditahan termasuk Pegawai Kewangan Persekutuan Sabah dan mungkin juga menteri atau pegawai-pegawai lain daripada KKLW. Adalah mustahil hanya dua (2) pegawai kanan itu bergerak berdua kerana wang yang diselewengkan amatlah besar kalau diikutkan anggapan pihak-pihak tertentu yakni lebih RM1 bilion daripada peruntukan itu. Ini kerana sejumlah peruntukan itu tidak sepenuhnya digunakan untuk melaksanakan projek, bahkan bertukar tangan melalui beg-beg duit yang dihantar ke rumah, pejabat, tong sampah di pejabat, malahan juga di lokasi-lokasi rahsia yang tertentu.

AFS tidak bermaksud campur tangan siasatan SPRM kerana agensi itu sudah tentu mempunyai maklumat jitu berkaitan dengan jenayah rasuah yang amat besar di negara ini yang melibatkan kakitangan kerajaan. Tetapi AFS turut terkilan kerana akibat daripada perebutan kuasa antara para pemimpin telah menyebabkan perkara jenayah rasuah ini berlaku.

Kerajaan Negeri, ertinya segenap pemimpinnya menginginkan supaya peruntukan persekutuan disalurkan terus kepada kerajaan negeri termasuklah daripada KKLW, namun permintaan itu tidak dipedulikan. Malah, menteri KKLW menunjukkan kuasanya dengan memberi kuasa kepada agensi-agensi kerajaan iaitu dalam hal ini adalah Pengarah atau timbalannya meluluskan projek-projek dengan membahagi-bahagikan peruntukan yang berjuta itu kepada pecahan-pecahan kecil dan pada masa yang juga memecah peruntukan serupa kepada jumlah yang boleh diluluskan terus oleh menteri tanpa melalui Kementerian Kewangan Persekutuan. Selain itu, kuasa penuh diberikan kepada para pegawai terpilih untuk memilih dan menentukan syarikat-syarikat yang dicadangkan untuk melaksanakan projek. Oleh kerana keadaan itu, maka para pegawai itu memanfaatkan keadaan tersebut dengan mewujudkan sebanyak mungkin syarikat-syarikat di bawah kawalan mereka bagi maksud mengelak kecurigaan. Sebenarnya, inilah yang berlaku, jika tidak adalah tidak mungkin dua pegawai itu mampu menyeleweng hingga mencecah ratusan juta ringgit. 

Jika yang BUDAK PEJABAT mampu menyeleweng ratusan juta ringgit, bagaimana pula BOSS???

Kerajaan Negeri Sabah langsung tidak boleh dipersalahkan termasuk Kementerian Tan Sri Pairin Kitingan kerana menteri itu hanya boleh melihat tetapi tidak dapat mengenggamnya, apatah lagi kuasa. Malah, beliau tidak mempunyai kuasa bertanya kerana bertanyapun tidak dipedulikan. Inilah fakta sebenar dan inilah yang berlaku di lapangan sebenar mengenai urusan kerajaan negeri dengan hal ehwal aliran peruntukan Persekutuan kepada sesuatu jabatan negeri.

AFS kerap mendengar jawapan Tan Sri Pairin semasa sidang DUN Sabah, beliau berkata, memang melihat dan mendengar akan peruntukan untuk bekalan air luar bandar (BALB) daripada KKLW, akan tetapi beliau tidak ada akses untuk mengetahui bagaimana projek-projek itu dilaksanakan kerana semua projek-projek itu dikendalikan/diselia/dilaksana oleh Agensi Persekutuan tersebut. Apa yang paling malang, para pegawai yang diberi mandat berlagak bodoh seolah-olah tidak mengetahui akan detail pelaksanaan projek-projek yang dilaksanakan kerana menurut mereka, mereka hanya merupakan perantara dan bukannya jabatan yang mempunyai kuasa mutlak!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook