Latest News

Monday 10 October 2016

Jenayah Rasuah Jabatan Air Negeri Sabah: Darell Leiking & Junz Wong LIAR Kaitkan Ketua Menteri Sabah

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Sdr. YB Raime Unggi & Tan Sri Pairin Kitingan telah membuat kenyataan yang boleh mengganggu siasatan pihak SPRM... Oleh FB Darell Leiking (screenshot)
(ii) A Pairin statement has seemingly effectively diverted everyone's attention.... Oleh FB Junz Wong (screenshot) (screenshot)
(iii) A Pairin statement has seemingly effectively diverted everyone's attention ...  Oleh FB Darell Leiking (screenshot)
(iv) #politikbolos #sabahubah... Oleh FB Jalin Luin (screenshot)
(v) MP Raime Unggi Pemimpin “Insiran”... Oleh WordPress Jalin Luin (screenshot) (screenshot)

TINDAKAN Ahli Parlimen (MP) Penampang, Darell Leiking dan ADUN Likas, Junz Wong, kedua-duanya penyokong KUAT Datuk Seri Shafie Apdal yang kini liar mengaitkan Ketua Menteri Sabah dengan Kes Jenayah Rasuah oleh dua Pegawai Kanan Jabatan Air Negeri Sabah. Sememangnya merupakan satu PERANG PSIKOLOGI SONGSANG semata-mata untuk melindungi Ketua mereka. Dua wakil rakyat pembangkang itu, semacam berlagak bodoh sombong kerana sudah jelas SPRM menyiasat peruntukan RM3.3 bilion daripada KKLW sejak setahun yang lalu (giat aktif).

Perang psikologi songsang yang dimainkan dua pemimpin pembangkang itu semata-mata untuk mengelirukan rakyat selain bermaksud melindungi sungguh-sungguh ketua baru mereka, Datuk Seri Shafie Apdal.

Menurut laporan daripada sekian banyak media yang memetik kenyataan SPRM selain sidang akhbar Pegawai SPRM, Dato' Mohd Azam Baki, dengan jelas agensi pencegahan rasuah itu menyiasat peruntukan daripada KKLW yang disalurkan terus ke Jabatan Air Negeri Sabah sejak tahun 2010.

AFS sudah beberapa kali menulis bahawa pihak SPRM perlu membuat penjelasan berkaitan siasatan mereka kerana telah dijangka akan berlaku dakwaan seumpama ini. Kita optimisnya pasti telah menjangkakan bahawa, "lain yang makan getah, lain pula yang terkena getahnya".

Pembangkang dengan mudah menuduh Ketua Menteri Sabah kerana Ketua Menteri Sabah tidak boleh mengambil tindakan saman kerana prejudice terhadap siasatan SPRM.

Berkaitan dengan dana daripada KKLW yang disalurkan terus kepada Jabatan Air Negeri Sabah, sebenarnya menjadi ketegangan antara Musa dan Shafie suatu ketika dulu kerana Shafie bertegas tidak mahu menyalurkan sebarang peruntukan daripada kementerian beliau kepada Bendahari Negeri Sabah ekoran Shafie tidak mahu kerajaan negeri mempunyai kuasa terhadap sebarang peruntukan daripada kementerian beliau.

Bukan sahaja Musa, para pemimpin kerajaan negeri yang lain juga yang bukan sahaja kerap menyuarakan agar peruntukan daripada KKLW untuk projek di Sabah, tetapi memang seharusnya kerajaan negeri diberikan mandat untuk membelanjakannya kerana kerajaan negeri lebih tahu dan arif tentang kawasan sendiri yang mana yang benar-benar memerlukan selain memudahkan pemantauan.

Darell Leiking dan khususnya Junz Wong, sebenarnya telah tahu masalah yang didepani kerajaan negeri berkaitan dengan peruntukan daripada KKLW kerana kerap dibahas melalui sidang DUN Sabah kecualilah ADUN Likas itu langsung tidak faham bahasa Melayu atau pura-pura bodoh.

Membela Datuk Seri Shafie Apdal dan menyalahkan YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman berhubung dengan jenayah rasuah di Jabatan Air Negeri Sabah, sebenarnya satu pembelaan yang sangat dangkal. Sebabnya, telah jelas dan pasti bahawa seluruh dana itu adalah daripada KKLW dan Kerajaan Negeri Sabah langsung tidak terlibat baik untuk memanggil tender, memilih syarikat, melantik syarikat mahupun pembayaran tuntutan.  

Tahukah Darell Leiking dan Junz Wong, bahawa sebarang projek seliaan KKLW sejak tahun 2010 sehingga tahun 2015, tiada sesiapapun menteri daripada Kerajaan Negeri Sabah yang terlibat termasuklah Datuk Seri Musa Aman. Bukan cerita kedai kopi tetapi ini cerita benar bahawa sebarang projek prasarana yang dikendalikan KKLW, kerajaan negeri “blank” tidak tahu apa yang berlaku kecuali hanya taklimat yang diberikan di atas kertas tanpa mengetahui pencapaian di lapangan.

Kini, selepas tindakan SPRM terhadap dua pegawai kanan Jabatan Air Negeri Sabah, barulah kerajaan negeri tersedar apa yang berlaku dan mengapa projek-projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) di seluruh Sabah masih berdepan dengan masalah termasuklah di daerah Semporna. 

Kepada Darell Leiking dan Junz Wong, jangan membela bos anda dan mengaitkan Ketua Menteri Sabah kerana dakwaan anda itu hanya akan memakan diri sendiri. Bercakap benarlah dan jangan mengelirukan rakyat kerana akibat tindakan dua Pegawai Kanan Jabatan Air Negeri Sabah itu, bukan sahaja daerah Penampang atau Likas berdepan dengan masalah air tetapi hampir seluruh Sabah terutama di Kudat, Kota Marudu, Kota Belud, Papar, Kuala Penyu, Tenom dan juga di daerah Tambunan. 

Anda berdua sudah benar-benar tersalah langkah sekarang!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook