Latest News

Sunday 16 October 2016

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2007-2015 Bagi Sabah


KDNK Sabah pada tahun 2007 berjumlah RM13.067 bilion, berkembang 51.02 peratus pada tahun 2015 kepada RM19.734 bilion. Jumlah KDNK Sabah itu menjadikan Sabah menduduki tempat ketiga terendah  bagi jumlah KDNK berbanding 15 wilayah atau negeri-negeri di Malaysia. Wilayah yang menduduki teratas adalah Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur, diikuti WP Labuan dan Pulau Pinang. Manakala negeri jiran Sarawak menduduki tempat keempat dengan KDNK RM44.012 bilion pada tahun 2015. Negeri tercorot adalah negeri Kelantan diikuti negeri Kedah, masing-masing RM12.075 dan RM18.249 bilion pada tahun yang sama.

KDNK adalah satu cara untuk mengukur ekonomi sesebuah negari atau negara. KDNK bermaksud jumlah nilai pasaran keseluruhan barangan dan perkhidmatan terakhir yang dikeluarkan dalam tempoh setahun yang dinyatakan dalam nilai wang.

Sabah setiap tahun membentangkan bajet negeri rata-rata berjumlah RM3.8 bilion dengan surplus bajet rata-rata RM50 juta. Ertinya, pendapatan sebenar Sabah berpurata RM3.9 bilion setahun dan melalui bajet demikian, maka dalam tempoh 8 tahun KDNK meningkat purata 6.4%. Melalui kadar demikian, pada tahun 2020 KDNK Sabah boleh mencapai RM26 bilion. 

Namun, berasaskan derap pembangunan negeri terutama perkembangan Sabah Development Corridor beroperasi sepenuhnya kilang baja SAMUR di Sipitang, POIC di Lahad Datu, KDNK Sabah akan melonjak ke angka RM40 bilion menjelang tahun 2020.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook