Latest News

Sunday 2 October 2016

Kenapa Perkhidmatan Doktor Udara Dihentikan?

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Setelah 41 tahun pekhidmatan Flying Doctor di sabah ... Oleh FB Solidarity 4 Sabah (screenshot)
(ii) PERKHIDMATAN DOKTOR UDARA DIBERHENTIKAN KERANA  ... Oleh Tj Ajamain (screenshot)

PERKHIDMATAN doktor udara diperkenalkan pada awal tahun 70-an berikutan banyak kawasan di Sabah belum mempunyai klinik-klinik kesihatan atau hospital. Namun, pada masa sekarang hampir keseluruhan kawasan di Sabah termasuk yang terpencil sudah mempunyai kemudahan itu. Memandangkan kemudahan tersebut sudah tersedia, maka difikirkan bahawa perkhidmatan doktor udara tidak lagi sesuai dengan matlamat kewujudan asalnya. 

Walaupun demikian, jika berlaku kecemasan di kawasan-kawasan terpencil di mana klinik kesihatan setempat tidak mampu menangani isu-isu kesihatan, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (Sabah) akan bekerjasama dengan agensi seperti pihak tentera, polis atau bomba menerbangkan doktor ke lokasi-lokasi yang memerlukan perkhidmatan seumpama itu.

Penamatan perkhidmatan doktor udara bukan menidakkan perkhidmatan kepada rakyat oleh unit tersebut. Akan tetapi, perkhidmatan unit itu telah diambil alih oleh klinik-klinik atau hospital di mana satu masa lalu memerlukan perkhidmatan doktor udara.

Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia tahu benar apa yang mereka buat kerana merekalah yang memberikan perkhidmatan kepada rakyat dan bukannya bergantung kepada pencacai di laman sosial yang tidak sama sekalipun terlibat dengan perkhidmatan kesihatan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook