Latest News

Thursday 20 October 2016

Kenyataan meluluh oleh Zainnal Ajamain berkaitan penyerahan kawasan perlindungan Pantai Timur Sabah kepada NCS

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Musa penakut dan tiada kuasa... Oleh FB Zainnal Ajamain (screenshot)

ISU berkenaan dengan kenyataan Zainnal Ajamain adalah isu kontroversi semata-mata yang tidak tepat.

Dalam hal ini Dato' Dr. Irmohizam Ibrahim hanya mencadangkan kepada YAB Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak untuk meletakkan kawasan Pantai Timur Sabah supaya diletakkan di bawah bidang kuasa NCS.

Sedangkan, belum ada lagi keputusan daripada kerajaan negeri berkenaan hal ini. Jadi, kenapa Zainnal ingin mencari publisiti murahan yang mengaku nasionalis Sabah?

Sekalipun cadangan ini wujud, kerajaan negeri Sabah akan memikirkan sesuatu mekanisma untuk kawasan Pantai Timur Sabah atau kemungkinan wujud kerjasama Kerajaan Persekutuan dengan Kerajan Negeri. Ini kerana hal ini melibatkan hal ehwal kedaulatan negara yang melibatkan kepentingan keselamatan yang perlu dipandang dan perhatian serius dari kedua belah pihak. Malahan, rakyat juga perlu menyokong usaha kerajaan demi kemaslahatan semua pihak.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook