Latest News

Tuesday 11 October 2016

MAKSUD MUSA KENYATAAN AKHBAR "Ops Water Jabatan Air Negeri Sabah (JANS)"

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) DIA SURUH BERHENTI BUAT SPEKULASI... Oleh FB Tj Ajamain (screenshot)
(ii) BN umno pbs pbrs upko harus ditumbangkan... Oleh FB Page Pembongkaran Penipuan BN UMNO (screenshot)

MAKSUD YAB Datuk Seri Musa Haji Aman dengan kenyataan seperti mana tajuk akhbar, "jangan membuat spekulasi", sebenarnya, jangan sesiapa menuding jari kepada pihak-pihak lain selain daripada para individu yang sedang disiasat SPRM. 

Ketua Menteri itu memberi reaksi terhadap berbagai dakwaan termasuk melibatkan dirinya dan para pemimpin lain yang bukanpun sebagai para individu yang termasuk dalam siasatan SPRM.

Sejak terbongkarnya jenayah rasuah di Jabatan Air Negeri Sabah pada 4 Oktober lalu, berbagai dakwaan di media termasuk media sosial dengan mengaitkan berbagai pihak malah melibatkan parti UMNO. Sedangkan, siasatan SPRM melalui OPS Water hanya melibatkan dana KKLW yang disalurkan terus ke agensi itu bagi maksud melaksanakan prasarana Bekalan Air Luar Bandar (BALB).

Pihak SPRM telahpun menangkap 4 individu yang berkait rapat dengan kes jenayah rasuah di Jabatan Air Negeri Sabah dan telah merakam percakapan hampir 40 individu yang dipercayai sebahagian daripada jaringan jenayah rasuah terancang tersebut.

Untuk sementara ini, SPRM berjaya merampas sejumlah harta termasuk wang tunai secara keseluruhan bernilai RM174 juta.

Datuk Seri Musa Haji Aman meminta supaya semua pihak menyokong tindakan SPRM untuk mengenal pasti para individu yang terlibat dalam kes jenayah terbesar di negara itu, di samping kepada mereka yang telah ditangkap kerana disyaki sebagai dalang utama.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook