Latest News

Wednesday 5 October 2016

Melantik Jawatan Guru Di Sabah MeMalayakan Sabah?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) DATUK MASIDI MANJUN nama saja jaga pelajaran untuk Negeri ... Oleh FB Zainnal Ajamain (screenshot)

JAWATAN guru ada tiga peringkat. Pertama mengikuti latihan, kedua dilantik sementara dan ketiga dilantik secara tetap.

Maklumat yang dipetik daripada akhbar BERNAMA tersebut adalah di peringkat ke-3 iaitu penemuduga hadir adalah bagi jawatan tetap. Di Sabah, seramai 14 pegawai pendidikan Sabah yang terlibat dalam proses temuduga. Jumlah itu sedikit jika dibandingkan Sarawak iaitu 20 pegawai.

Bagi menjawab komen salah seorang pengguna facebook yang konon anaknya memohon di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Gaya, Kota Kinabalu tetapi tidak diterima, sebenarnya penerimaan di IPG bergantung kepada syarat-syarat IPG dan bukannya bergantung pada alamat pemohon. Syarat utama adalah kelayakan akademik dan keupayaan menjawab soalan semasa proses pemilihan. Itu sahaja!

Pengguna facebook itu (Zainnal Ajamain) semacam berlagak seperti ketua kepada Datuk Seri Masidi Manjun kerana melalui komennya seolah-olah mahu agar Sabah amnya dan khususnya Masidi perlu ikut cara Sarawak mengurus negeri. Ajamain mahu menjadikan Sarawak sebagai ikut-ikutan. Ertinya, Sabah mesti perlu ikut apa sahaja Sarawak buat!

Cara Sabah mengurus negeri memang ada caranya sendiri. Sebagai misalan, pelantikan 14 orang pegawai Sabah yang menjadi penemuduga bagi jawatan-jawatan tetap telah wujud sekian lama. Ini bermakna Sabah telah mendahului hal berkenaan dengan perkara yang menjadi perhatian Zainnal Ajamain tersebut.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook