Latest News

Saturday 22 October 2016

Mencari PUBLISITI MURAHAN Dengan Memutar Belit Kenyataan Salleh

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Logik akal lah kalau nak percaya sesuatu berita pun... Oleh FB Page Papa Gomo (screenshot)
(ii) Dia ni Tun, Tengah melobi jadi KM Sabah... Oleh FB Page Suara Rakyat Kunak (screenshot)

Kenyataan Datuk Seri Salleh Said Keruak dimanipulasikan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab berkaitan kalau hendak menyekat pengaruh Tun Dr. Mahathir adalah dengan cara kerajaan akan merobohkan KLCC. Sedangkan, Salleh tidak mengeluarkan kenyataan berkaitan supaya kerajaan merobohkan KLCC untuk melupakan legasi Tun Dr. Mahathir agar tidak diingati rakyat. Salleh hanya berkata, boleh sahaja kerajaan lakukan tetapi hakikatnya tidak sama sekali!

Hal ini timbul apabila Tun Dr. Mahathir mendakwa kerajaan sedang cuba untuk memadamkan namanya daripada Proton dengan menghalang kakitangannya daripada menjalin sebarang kerjasama dengan penyokongnya. 

Tambahan, pihak-pihak tidak bertanggungjawab ini mudah sahaja memutar belit kenyataan pemimpin negara. Dengan memburuk-burukkan pemimpin kerajaan seperti Salleh dengan cara memanipulasi kenyataan pemimpin yang tidak lengkap. Sikap seperti ini tidak mencerminkan akhlak sebagai seorang rakyat yang cintakan negara.

Kalau mereka-mereka itu tidak suka dengan seseorang pemimpin, janganlah memburuk-burukkan pemimpin tersebut dengan cara yang tidak bertanggungjawab seperti memutar belit kenyataan yang mereka lakukan. Sedangkan, kenyataan pemimpin itu yakni Salleh bukanlah satu penghinaan dan bukan berniat buruk dan menjengkelkan. Kepada mereka golongan pembangkang, perlulah faham isi kandungannya dan jangan membuat tafsiran secara meluluh serta negatif seolah-olah tindakan anda adalah provokasi.

Tindakan ini seperti merupakan perbuatan yang jijik dan kesudahannya membuatkan anda mempunyai penyakit hasad dengki yang kuat iaitu menjadi kepada sakit mental.

Mana mungkin pihak kerajaan bertindak di luar kawalan seperti hendak merobohkan bangunan Menara KLCC, sedangkan ia merupakan harta negara dan rakyat tercinta.

Sungguh meleset sama sekali anda memanipulasi kenyataan Datuk Seri Salleh Said Keruak. Sebagai nasihat yang bermoral, janganlah jadikan diri anda menjadi seekor keldai tunggangan kepada pihak yang tidak bertanggungjawab yang cuma mahu mencari publisiti politik murahan. Noktah!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook