Latest News

Friday 7 October 2016

MESTI BACA! LAGI RASUAH Jabatan Air Negeri Sabah: Yang satu gelebah, Yang Si Zainnal Ajamain Pula Kelirukan Dirinya Sendiri

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Bila mahu beri kerjasama skandal wang rasuah kayu balak bernilai ... Oleh FB Jufazli Shi Ahmad (screenshot)
(ii) Selama ini Audit Negara tiap tiap tahun memaklumkan Sabah mempunyai rekod kewangan yg terbaik... Oleh FB Zainnal Ajamain (screenshot)
(iii) Ridiculous at its core! so the state's government... Oleh FB Regi B Puvok (screenshot)

OLEH kerana bertujuan mengelirukan rakyat, maka Zainnal Ajamain mengelirukan dirinya sendiri apabila membuat komen berkaitan Laporan Kewangan Negeri berbanding Laporan Ketua Audit Negara.




Satu lagi maklumat terselindung daripada kenyataan yang dimuatkan dalam laman facebook penulis sensasi itu apabila TIDAK membuat penjelasan perbezaan antara Laporan Kewangan Negeri dengan Laporan Kewangan Agensi Persekutuan. 

Laporan Ketua Audit Negara berkaitan dengan Pengurusan Kewangan Negeri hanya meliputi agensi-agensi di bawah tadbir urus kerajaan negeri, tidak meliputi agensi di bawah Kerajaan Persekutuan.

Kerja Ketua Audit Negara sebenarnya, mudah kerana agensi itu berpandukan kepada Standard Operating Procedures (SOP) dan Peraturan Kewangan. Kemudiannya, menggunakan dua (2) kamus itu untuk meneliti pelaksanaan melalui dokumen-dokumen atau melihat fizikal berhubung dengan BAJET LAWAN PERBELANJAAN. Apabila Laporan Kewangan Negeri, dokumen-dokumen yang diteliti, keadaan fizikal yang diperiksa sesuai dengan SOP dan Peraturan Kewangan, maka Ketua Audit Negara akan membuat kesimpulan tanpa teguran. Sungguh jelas, bukan? 

Kembali kepada rasuah di Jabatan Air Negeri Sabah, seperti dipersoalkan pengguna facebook tersebut mengapa hanya selepas 6 tahun terbongkar? Sebabnya, (walaupun sedikit) maklumat yang diberikan SPRM, pihak-pihak tertentu dalam jabatan itu benar-benar menggunakan SOP dan Peraturan Kewangan sebagai kamus untuk melaksanakan penyelewengan. Mereka menggunakan peraturan yang sedia ada untuk merancangkan penipuan. Apabila Ketua Audit Negara melakukan pengauditan, maka senantiasa merujuk dan menggunakan SOP dan Peraturan Kewangan. Oleh kerana semua prosedur dipatuhi, maka Ketua Audit tidak menjumpai sebarang salah laku.

Rasuah di Jabatan Air Negeri Sabah merupakan satu skandal yang amat besar dalam negara ini kerana bagaimana dua pegawai kanan mampu memanipulasi keadaan dengan mengguna pakai SOP dan Peraturan Kewangan untuk menjalankan jenayah. Menurut 'Laporan' Pengarah dan Timbalannya menggunakan 17 dan 21 syarikat yang mereka kawal sebagai pelaksana projek-projek di jabatan itu. Oleh kerana semua syarikat itu mematuhi semua persyaratan seperti mana dituntut dalam SOP dan Peraturan Kewangan, kemudiannya semua persyaratan Jawatankuasa Tender dipatuhi oleh syarikat-syarikat yang ikut serta sebagai penender atau yang berjaya sebagai penender, maka Ketua Audit Negara sukar menemukan kelompangan.

Bagi mereka yang pernah berhubung dengan Pengarah dan Timbalannya untuk urusan projek jabatan itu, pasti mengalami pengalaman bahawa mereka senantiasa berhujah bahawa mereka TIADA KUASA memberikan sebarang projek melainkan perlu ikut tender dan keputusan ditentukan oleh Jawatankuasa Tender. Tender adalah satu dokumen teka-teki khususnya daripada segi jumlah (amaun). Oleh kerana amaun ada pada Pengarah atau Timbalannya, maka tender yang disertai syarikat yang mereka kawal, terlalu susah untuk ditolak kerana selain mendekati amaun yang difikirkan sesuai oleh Jawatankuasa Tender juga semua persyaratan dipenuhi, malah syarikat itu tidak ada kelemahan langsung.

Laporan Kewangan dan Laporan Ketua Audit Negara mengandungi bajet yang diluluskan yang berlawanan dengan perbelanjaan. Kemudiannya, diteliti pencapaian atau progress sesuatu projek, baik melalui DOKUMEN (TUNTUTAN) mahupun di lapangan sebenar. Oleh kerana tindakan Pengarah dan Timbalannya merupakan jenayah yang telah dirancang, maka terlalu sukar bagi Ketua Audit Negara menemukan sebarang salah laku.
  
Dalam soal jenayah rasuah di Jabatan Air Negeri Sabah, sebenarnya yang tertipu adalah Ketua Audit Negara, kerajaan baik negeri mahupun persekutuan. Laporan Kewangan TIDAK menipu kerana bajet yang diperuntukkan sudah dibelanjakan untuk projek yang dicadangkan/diluluskan. Ertinya, wang yang diperuntukkan sesuai dengan kegunaannya. 

Kepada Zainnal, jangan menuduh Kerajaan Negeri dan Ketua Menteri Sabah sebagai lemah, akan tetapi kerajaan baik negeri mahupun negara telah berdepan dengan satu jenayah terancang yang amat canggih pelaksanaannya. Tahniah kepada SPRM kerana mampu merungkai jenayah terancang ini!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook