Latest News

Friday 7 October 2016

MESTI BACA: LEBARNYA BINGKASAN Aliran Peruntukan Persekutuan Untuk Sabah Atas Kesan Rasuah Itu


SEJAK parti Barisan Nasional (BN) menubuhkan Kerajaan Sabah, ramai pemimpin Sabah mencadangkan agar peruntukan pembangunan untuk Sabah diberikan langsung kepada kerajaan negeri. Tujuan asasnya, Kerajaan Negeri dapat mengetahui projek-projek infrastruktur keutamaan. Selain itu juga, agar Kerajaan Negeri mudah menjalankan pemantauan. Apa yang malang, permintaan itu tidak mendapat sambutan daripada kementerian. Antaranya Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah (KKLW), Kementerian Pendidikan (KPM), Kementerian Kesihatan (KKM), malahan juga Kementerian Kerja Raya (KKR).
  
Tahun 1985-2008, masih wujudnya Jabatan Pembangunan Persekutuan walaupun selepas itu jabatan itu dimansuhkan pada Mei 2008 dan digantikan dengan Sabah Development Office (SDO) yang berkuatkuasa 1 Jun 2008.  Sebenarnya, ketirisan kewangan yang amat besar semasa jabatan itu masih wujud di Sabah sebabnya, para pegawai yang mentadbir urus jabatan itu mempunyai agenda sendiri dan agenda itu tidak menepati keperluan pembangunan Sabah. Tidak diketahui berapa jumlah peruntukan yang disalurkan Persekutuan ke Sabah melalui jabatan itu, mungkin sedikit mungkin juga banyak. Jika banyak sudah tentu ada impaknya. Mungkin sedikit, sebab tidak terkelihatan langsung impak kehadiran jabatan itu di Sabah. Benar, bukan?

Pembongkaran jenayah rasuah di Jabatan Air Negeri Sabah khususnya yang melibatkan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan melebarkan lagi anggapan sebelum ini bahawa peruntukan Persekutuan ke Sabah yang dikendalikan sendiri oleh agensi persekutuan, sebenarnya punca ketirisan kewangan yang amat besar! Pembongkaran di Jabatan Air Negeri Sabah menjadi dan merupakan “tips of iceberg” dan jika SPRM mampu merungkai tidak menghairankan bahawa akan terbongkar sekali lagi jenayah rasuah yang amat besar!

Adalah perkara biasa cerita kedai kopi, misalnya bagi mereka yang berminat menjadi pembekal makanan di asrama-asrama sekolah, hospital atau pembekal farmasi ubat-ubatan di hospital atau semacamnya, dikatakan akan senantiasa berlaku modus operandi seperti mana berlaku di Jabatan Air Negeri Sabah. Demikian juga yang melibatkan naik taraf jalan atau penurapan jalan, modus operandi yang sama digunakan.

Modus Operandi itu berasaskan kepada SOP dan Peraturan Kewangan. Mereka yang terlibat dengan jenayah rasuah terancang ini mempergunakan keperluan/persyaratan apa yang terdapat dalam SOP dan Peraturan Kewangan. Atas sebab itu, tidak akan menemukan kelompangan terhadap sebut harga sesuatu syarikat yang dipilih untuk menjalankan sesuatu projek atau bekalan kerana syarikat itu memenuhi persyaratan sehingga Jawatankuasa Tender tiada “hati” untuk menolaknya.

Memang Ketua Audit Negara setiap tahun menjalankan pengauditan. Oleh kerana jenayah terancang, maka Ketua Audit juga tidak menjumpai salah laku berikutan peruntukan dibandingkan dengan perbelanjaan hampir sama dengan tujuan peruntukan yang juga digunakan untuk projek atau program bagi peruntukan itu.

Masalah yang berlaku terhadap jenayah rasuah terancang ini adalah mengenepikan peluang orang lain atau mengenepikan syarikat yang benar-benar mempunyai kepakaran sesuai dengan peruntukan sebenar. Oleh kerana kerja-kerja atau projek itu dilaksanakan oleh syarikat dummy atau syarikat olok-olok, maka atas sebab itu berlakulah hal-hal kepincangan dan ketaksempurnaan seperti projek terbengkalai, hasil projek yang tidak memenuhi piawaian, bekalan makanan yang tidak sesuai dengan keperluan pelajar, kualiti peralatan yang kurang kualiti dan sebagainya. Atas perihal itu, kita banyak berdepan dengan keadaan jalan yang bergelombang, keadaan jalan yang mudah rosak, paip air yang pecah, kerapnya blackout dan lain-lain lagi.

Kita saksikan di lapangan sebenar, projek-projek yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri jarang benar berdepan dengan kelewatan, malahan lebih cepat daripada jadual! Contoh lain kelewatan atau terbengkalai projek Persekutuan adalah Hospital Telupid, Sandakan. Kerajaan terpaksa “top up” lebih RM39 juta pada 14 September lalu untuk meneruskan pembinaan hospital tersebut. Kita biasa terdengar pembinaan atau penaiktarafan sekolah-sekolah, pembinaan makmal komputer sekolah yang terbengkalai atau tidak memenuhi piawaian sehingga mengundang bahaya kepada para pelajar. Sungguh jelas dan terbukti sekali!

Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Semporna yang bernilai RM100 juta di bawah kendalian KKLW, projek itu siap tetapi tidak beroperasi kerana ketiadaan sumber air. Demikian juga Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Kota Belud, wang sejumlah RM114 juta sudah dibelanjakan tetapi keadaan bekalan air adalah masih sama sebelum projek itu dilaksanakan.

Tidak diketahui khabar projek BALB Tambunan yang berkos ratusan juta, apakah perkembangan terkini projek tersebut?

Memang benar, puluhan bilion ringgit peruntukan Persekutuan disalurkan kepada Sabah tetapi ke mana wang itu berakhir tidak diketahui kerana projek-projek yang sepatutnya ada untuk kemudahan rakyat tidak juga dapat menyelesaikan keperluan rakyat. Hal ini kerana keluahan rakyat berkaitan dengan keperluan mereka tidak juga ada pangkal hujungnya, malah semakin kerap dan banyak!

Melihat kepada berlakunya ketirisan luar biasa besarnya di Jabatan Air Negeri Sabah bagi projek yang dikawal selia KKLW yang berjumlah RM3.3 bilion bermula tahun 2010, seharusnya menjadi iktibar kepada Kerajaan Persekutuan bahawa semua peruntukan UNTUK SABAH perlu disalurkan terus kepada Perbendaharan Negeri agar Kerajaan Negeri dapat melaksanakan projek-projek keutamaan, mudah memantau dan memastikan projek disiapkan semestinya. Selain itu, dengan melalui cara itu juga akan turut membuka peluang kepada rakyat Sabah bagi mendapat peluang pekerjaan khususnya generasi muda kerana sudah tentunya apabila banyak tugasan, maka Kerajaan Negeri akan menambah kakitangan.

Fikir-Fikirkanlah!!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook