Latest News

Monday 10 October 2016

Modus Operandi Dana KKLW Di Bawah Pimpinan Datuk Seri Shafie Apdal

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Pembangkang tak ada duit,tak dapat majukan orang kampung yang kurang kemudahan... Oleh FB Page Pembongkaran Penipuan BN UMNO (screenshot)
(ii) Bekalan air paip bersih amat kurang di Sabah... Oleh FB Page Pembongkaran Penipuan BN UMNO (screenshot)
(iii) Hari ini sy mau buat pertanding Teka Siapa dalam gambar ini... Oleh FB Jo Nandu  (screenshot)

MEMANG rezeki Datuk Seri Shafie Apdal apabila dilantik Menteri KKLW. Di sebalik pelantikan itu, diletakkan satu harapan besar oleh Perdana Menteri supaya beliau menyelesaikan prasarana asas negara yang bukan sahaja bagi Sabah akan tetapi juga negeri Sarawak.

Prasarana asas itu bukan sahaja meliputi Bekalan Air Luar Bandar (BALB) tetapi juga Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) dan infrastruktur 'Jalan Raya Perhubungan' bagi kawasan luar bandar.

Atas harapan Perdana Menteri, maka Shafie diberi mandat kuasa menentukan syarikat-syarikat pelaksana iaitu melalui kaedah selective tender dan syarikat yang terpilih itu dihantar ke Kementerian Kewangan (Persekutuan) untuk persetujuan.

Melalui selective tender itulah, berlakunya rancangan jenayah terancang seperti mana dibongkar oleh SPRM pada 4 Oktober lalu. Para pegawai yang diberi amanah menyenaraikan syarikat-syarikat dengan mewujudkan kumpulan syarikat di bawah kawalan mereka untuk disenaraikan sebagai syarikat yang perlu diberikan kontrak.

Selama 6 tahun, selective tender dilaksanakan dan tujuan kepada modus operandi itu agar projek dapat dilaksanakan dengan cepat. Antara sebabnya, syarikat yang terpilih sudah dikenal pasti bukan sahaja keupayaan syarikat, malahan juga kemampuan pengurusan syarikat.

Dalam tempoh 6 tahun adalah sesuatu yang mustahil bahawa menteri tidak mengenali siapakah pengurusan syarikat kerana syarikat-syarikat yang diberikan projek adalah pilihan menteri atau pilihan  jawatankuasa tender kementerian (KKLW) dan seterusnya syarikat yang dipilih itu dikemukakan kepada Kementerian Kewangan.

Terlalu bodohlah seorang menteri jika benar-benar ikut telunjuk dua pegawai kanan Jabatan Air Negeri Sabah yang ditahan SPRM tersebut dalam soal-soal syarikat yang dikemukakan kepada Kementerian Kewangan untuk maksud persetujuan jika sekiranya TIADA kesepakatan bagi maksud MENANG-MENANG.

38 buah syarikat (17 dikawal Pengarah dan 21 dikawal Timbalan Pengarah), belum lagi termasuk syarikat-syarikat di bawah kawalan Datuk Peter Anthony (Jati Asli Engineering). AFS tidak menuduh akan tetapi sesuatu yang mustahil selama 6 tahun, tidak ada sebarang teguran daripada Menteri, sedangkan rakyat saban hari mengeluh akibat ketiadaan bekalan air, bekalan elektrik dan juga tiada pembinaan menaik taraf jalan raya. Penduduk Tenom mengharapkan projek RM40 juta BALB siap dan dapat memenuhi keperluan rakyat. Malangnya, duit sudah habis dibelanjakan dan tiadapun kesan projek itu. Demikian juga tenaga solar berkos RM10 juta di Pensiangan, projek telah dibuat tetapi projek solar itu tidak berfungsi! BALB Kota Belud pula yang bernilai RM114 juta, wang sudah habis dibelanjakan namun tiada perubahan berkaitan bekalan air, malahan sesetengah rakyat terpaksa melakukan tunjuk perasaan ekoran masih tidak mendapat bekalan air selama berhari-hari. Demikian juga di kawasan Kuala Penyu dan juga daerah Papar, rakyat merungut kerana masalah bekalan air. Apa yang menyedihkan, sejumlah RM3.3 bilion dibelanjakan untuk penyediaan prasarana BALB tetapi kesannya tidak dirasai oleh rakyat. Jikalaupun ada kesannya, hanya malap sahaja iaitu paip pecah, meter air cepat rosak, bekalan kerap terputus dan juga yang paling malang lagi apabila air yang melalui batang paip bukanlah untuk penggunaan manusia. Bayangkan!

Dua pegawai kanan bersama dengan konco-konconya mampu mengumpul ratusan juta wang tunai, harta tidak bergerak, harta bergerak, wang tunai dan harta di luar negara. Cerita ini diibaratkan semacam dalam filem klasik Melayu iaitu 3 Abdul arahan P. Ramlee. 

Kepercayaan Perdana Menteri kepada seorang pemimpin Sabah yang berstatus Naib Presiden UMNO untuk membangun negerinya bagi maksud mengejar ketinggalan kerana dianak tirikan selama 22 tahun oleh pemerintahan Tun Dr. Mahathir, hanya dibalas dengan api yang bukan sahaja mahukan Perdana Menteri meletakkan jawatan, bahkan lebih tragis lagi telah menjadikan rakyat Sabah sebagai mangsa. Adalah tidak masuk akal jika menteri itu tidak mengetahui langsung modus operandi yang dilakukan oleh dua Pegawai Kanan Jabatan Air Negeri Sabah tersebut. 

Justeru itu, di pihak Kerajaan Negeri pula memang sangat terkilan kerana langsung tidak dilibatkan bagi projek-projek yang dikawal selia oleh KKLW. Jangankan kuasa, pemantaupun tidak diberi berikutan kuasa itu hanya ditauliahkan kepada Pengarah atau Timbalan Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) sahaja yang kononnya sebagai agensi pelaksana utama.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook