Latest News

Monday 10 October 2016

MUSA, ANIFAH & PAIRIN BUKAN MENTERI KKLW!

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) AIR TIADA UNTUK RAKYAT SABAH & DUIT PROJEK AIR DIROMPAK SIAPA ADA KUASA BUAT SEMUA INI... Oleh FB Jufazli Shii Ahmad (screenshot) (screenshot)
(ii) AIR TIADA UNTUK RAKYAT SABAH & DUIT PROJEK AIR DIROMPAK SIAPA ADA KUASA BUAT SEMUA INI...  Oleh FB Michael Solibun (screenshot)
(iii) Your name isn't even mentioned boss... Oleh FB Jo Nandu (screenshot)

KERAJAAN Negeri Sabah hanya boleh meminta taklimat seperti mana berlaku berkenaan Projek BALB Kota Belud. Para wakil rakyat Kota Belud hanya diberi taklimat oleh Jurutera Air Daerah (JANS), apabila kemudiannya apa yang dinyatakan oleh jurutera itu tidak sesuai dengan hasil di lapangan, maka jurutera tersebut telah menjadi mangsa keadaan dan telah meletak jawatan dalam tempoh 24 jam. Demikian juga perihal projek-projek di kawasan-kawasan lain, para pegawai daripada Agensi Pelaksana hanya dapat memberi taklimat berkaitan progress atau pencapaian di atas kertas, bukannya sesuai dengan pencapaian di lapangan.

Apa yang ada di fikiran anda jika syarikat yang diberikan kontrak merupakan syarikat peribadi anda? Sudah tentu semua laporan baik-baik dibuat kerana melalui laporan oleh dua (2) Pegawai Kanan Jabatan Air Negeri Sabah itu saja, Perbendaharaan Kewangan Persekutuan akan membayar tuntutan. Atas sebab itulah, projek BALB Kota Belud walaupun separuh siap tetapi kontraktor masih dapat menuntut seluruh nilai kontrak dan demikian juga di Tenom di mana kontraktor dapat menuntut seluruh nilai kontrak.

Apa yang berlaku di Jabatan Air Negeri Sabah, sebenarnya dua pegawai kanan itu mempergunakan pengetahuan mereka berkaitan cara projek diberikan. Mereka benar-benar mempergunakan kelemahan tender terhad (selective tender) kerana melalui selective tender, para pegawai atau pihak-pihak tertentu terlibat dalam menganugerahkan kontrak.

Dua Pegawai Kanan Jabatan Air Negeri Sabah yang ditahan SPRM tersebut mengetahui dengan jelas bahawa sebarang syarikat yang mereka kemukakan bagi maksud selective tender akan diperakui oleh menteri kepada Kementerian Kewangan bagi maksud dilantik sebagai 'kontraktor pelaksana'. Dua pegawai itu juga arif dan faham benar bahawa hanya laporan mereka berhubung dengan sesuatu projek akan diterima pakai oleh Perbendaharan Persekutuan untuk membayar tuntutan kontraktor.

Melihat kepada modus operandi yang dilakukan dua pegawai kanan Jabatan Air Negeri Sabah itu terserah kepada SPRM untuk mengenal pasti jaringan dua pegawai terbabit dengan menteri yang bertanggungjawab. Sebabnya, adalah mustahil penyelewengan yang begitu besar langsung tidak tercium oleh menteri yang bertanggungjawab. Tuntasnya, Musa, Anifah dan Pairin bukanlah menteri atau mantan menteri kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW). Fakta jelas!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook