Latest News

Saturday 22 October 2016

Pengertian Shafie "Sabah For Sabahan"

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Jadi Musa Aman...Sabah for Malaya... Oleh FB Page Tulun Sabah (screenshot)
(ii) MUSA AMAN KATA JANGAN TERPENGARUH DENGAN SLOGAN SABAH FOR SABAHANS... Oleh FB Tj Ajamain (screenshot)
(iii) Slogan 'Sabah for Sabahan' …  Oleh FB Jaymie Jaime (screenshot)
(iv) Jadi Musa? Sabah for Malaya begitu?... Oleh FB Ds Chazy Chaz (screenshot)

PENGERTIAN Datuk Seri Shafie Apdal mengenai slogan "Sabah For Sabahan" adalah bagaimana semua harta Sabah adalah milik peribadi seperti mana yang berlaku pada dana KKLW semasa mantan Menteri KKLW itu memegang jawatan tersebut. 

Pada 4 Oktober yang lalu, SPRM berjaya membongkar hasil penyelewengan dana KKLW sebanyak RM3.3 bilion sejak tahun 2010 untuk membina infrastrukur Bekalan Air Luar Bandar kerana semangat "Sabah for Sabahan", maka SPRM berjaya merampas lebih RM200 juta ringgit berupa wang tunai, harta bergerak, harta tidak bergerak termasuk barangan lifestyle seperti barangan kemas, jam bernama dan beg berjenama wanita.

Slogan Sabah for Sabahan pernah diguna pakai oleh PBS bermula tahun 1985 dan akibat kepada pendekatan itu, Sabah jatuh miskin dan seterusnya menjadi termiskin di Malaysia.


Selama 9 tahun pemerintahan PBS telah menyebabkan Sabah jatuh miskin. Untuk memulihkan kemiskinan Sabah itu, kerajaan BN memerlukan lebih 20 tahun untuk memulihkannya. Kini, Sabah telah melangkaui negeri Kelantan dan Kedah pada urutan ke-13 daripada 15 wilayah dan negeri. Untuk perbandingan, negeri jiran Sabah iaitu Sarawak berada di urutan ke-4 dan yang menduduki tempat pertama adalah W.P. Kuala Lumpur. Perlu diingat, Sabah dan Sarawak hampir sama kedudukannya pada 16 September 1963, namun negeri jiran tersebut tidak pernah bertukar kerajaan dan sebab itulah dapat meneruskan pembangunan selama lebih 50 tahun. Sementara Sabah, akibat kerapnya bertukar-tukar kerajaan, maka telah membantutkan kemajuan dan ekonomi negeri.

Kini, pembangkang mahu mengubah kerajaan Sabah untuk kesekian kalinya. Ertinya, pembangkang mahu kembali ke zaman kegelapan. Kepada rakyat, kita perlu mengambil iktibar akibat mengubah-ubah kerajaan kerana ekoran daripada itu, Sabah ketinggalan daripada semua aspek kemajuan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook