Latest News

Friday 14 October 2016

Perlukah Rakyat Sokong PEMIMPIN TAMAK?


PERLU anda tanya diri anda sendiri, apa yang belum diperolehi Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Shafie Apdal, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan lain-lain mantan pemimpin UMNO? Hanya kematian sahaja belum mereka rasa, manakala semua nikmat dunia mereka sudah rasa dan pernah miliki.

Mengapa selepas memiliki semua nikmat dunia melalui parti UMNO, kemudiannya mereka mahu menumbangkan UMNO? Sebabnya, kerana ketamakan.

Lihat sahaja kelibat mereka. Mereka menubuhkan parti masing-masing atas sebab ketamakan. Di antara mereka, tidak dapat menentukan siapa ketua dan yang paling ketara, setiap daripada mereka itu mahu posisi apabila kononnya parti BN tumbang dalam PRU-14 akan datang.

Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama Muhyiddin dengan PPBMnya, Anwar dengan PKRnya dan Shafie Apdal (dengan parti bulan bintangnya). Jika kumpulan Mahathir dan Anwar berebut, siapa di antara mereka yang akan jadi Perdana Menteri? Manakala Shafie pula berebut jawatan Ketua Menteri Sabah dengan pemimpin Sabah yang lain yang mana masing-masing juga mempunyai parti sendiri. Lajim dengan parti barunya yang belum diumumkan, Dr. Jeffrey, Bumburing dan Yong Teck Lee juga serupa. Mereka bersaing sesama sendiri berebut jawatan Ketua Menteri.

Melihat kelibat mereka itu, jelas mempergunakan rakyat untuk memenuhi nafsu serakah mereka. Rakyat dijadikan bola, dijadikan barang permaian mereka. Mereka berselindung kepada berbagai dakwaan kepada kerajaan, mereka berselindung dengan kenyataan retorik, kononnya mahu menyelamatkan Malaysia. Namun, mereka tidak dapat menghuraikan, apa sebenarnya yang mahu diselamatkan. Benar, bukan?

Manakala di Sabah pula, kumpulan pembangkang berteriak-teriak dengan slogan Sabah For Sabahan, namun sebenarnya semasa mereka mempunyai kuasa, merekalah agen kepada kemusnahan harapan rakyat Sabah. Ini sejarah yang sudah berlalu!

Shafie dengan kemudaratan yang dilakukannya semasa menjadi menteri KKLW, malah hampir menjual Yayasan Sabah semasa Tun Sakaran Dandai masih Ketua Menteri. Yong bersama kerakusannya semasa menjadi Ketua Menteri Sabah, Lajim pula dengan ketamakannya semasa menjadi anggota kabinet negeri Sabah demikian juga Bumburing semasa menjadi anggota kabinet era PBS. Jeffrey pula, mempunyai rekod yang buruk semasa menerajui Yayasan Sabah dan Innoprise Corporation Sdn Bhd iaitu anak syarikat Yayasan Sabah.

Sebenarnya, latar belakang kepada semua pemimpin pembangkang ini adalah ketamakan dan bukannya bermatlamatkan untuk membela rakyat. 

Rakyat negara ini perlu sedar bahawa ketamakan yang melekat pada para pemimpin pembangkang, kalau diberikan kuasa akan memudaratkan negara ini. Pengalaman negara-negara seperti Libya, Iraq dan Mesir kerana ketamakan para pemimpin pembangkang menumbangkan kerajaan, maka selepas bertukar atas bantuan asing, keadaan negara itu kembali ke era pra-kemerdekaan yang bukan sahaja ekonomi lembab tetapi juga rakyatnya menjadi sengsara.

Pengalaman Sabah bertukar-tukar kerajaan perlu diambil iktibar oleh rakyat negara ini. Akibat bertukar-tukar kerajaan, Sabah menjadi negeri termiskin sehingga tahun 2009. Kalau bukan kerana kerajaan yang stabil bermula tahun 1994 lagi, kemungkinan Sabah masih berada dalam kategori negeri yang termiskin.

Khusus bagi Sabah, rakyat Sabah tidak boleh menyalahkan kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Musa Aman. Ketua Menteri itu sudah bertindak dengan betul dalam mengurus negeri. Di peringkat negeri, aktiviti ekonomi terus tumbuh dengan pesat. Pembangunan berjalan sesuai dengan perancangan. Namun, apa yang malang sokongan Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Luar Bandar dan wilayah (KKLW) yang mana peruntukan persekutuan untuk membina prasarana di luar bandar pedalaman seperti Bekalan Air Luar Bandar (BALB), Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) dan jalan raya luar bandar telah disalah guna sehingga hak rakyat mendapatkan prasarana itu dinafikan. Jika pemimpin Sabah yang diberi kepercayaan memimpin KKLW benar-benar mempergunakan peruntukan dana RM3.3 bilion sejak tahun 2010 untuk membina prasarana luar bandar, sudah tentu rakyat Sabah di pedalaman akan hidup lebih selesa. Sayang sungguh, peruntukan sebanyak RM3.3 bilion hanya 40 peratus sahaja yang sampai ke lapangan, manakala bakinya masuk ke poket para petualang.

Kepada rakyat, melihat kepada fakta-fakta yang disebutkan di atas bolehkah rakyat menyandar harapan anak cucu anda kepada para pemimpin  tamak? You decide!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook