Latest News

Saturday 1 October 2016

Projek IC Sabah Hanya Propaganda Murahan Pembangkang

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) RAHMAN & SALLEH BERSAING PERTAHANKAN PTI DI SABAH... Oleh FB Page Tulun Sabah (screenshot)
(ii) Kenangan manis..ucapan Salleh kuruak berkenaan projek i.c... Oleh FB Page Pembongkaran Penipuan BN UMNO (screenshot)
(iii) Babal, babal.. Sebab PTOJEK IC lah rakyat Sabah bising2... Oleh FB John Charles Mitah Mikat (screenshot)
(iv) da siapa yang percaya JPN 100% sekarang ni... Oleh FB Page Pembonkaran Penipuan BN UMNO (screenshot)

PROJEK IC telah dijadikan isu paling sensasi sejak pemerintahan PBS. Walaupun sebuah kerajaan yang menjadikan isu tersebut, malangnya, mereka juga tidak dapat mengemukakan bukti-bukti jelas dan kukuh bahawa warga asing diberikan kad pengenalan dan seterusnya menjadi warganegara. Apabila menjadi warganegara, maka mendaftarlah mereka sebagai pengundi.

Bayangkan sebuah kerajaan negeri yang menjadikan isu projek IC, tidak mampu mengemukakan sebarang bukti sahih, berkaitan dengan warga asing diberikan kad pengenalan. Adalah tidak masuk akal, jika sebuah kerajaan tidak mampu melakukan sesuatu, termasuk menyeneraikan meraka yang diberikan kad pengenalan, yang didakwa sebagai warga asing. Sebab kegagalan itu, kerana, tiadapun warga asing diberikan kad pengenalan untuk menjadikan mereka itu warganegara, apatah lagi mendaftar sebagai pengundi.

Sebuah kerajaan negeri yang mempunyai kakitangan, mempunyai kuasa memeriksa sebarang rekod, akan tetapi tidak dapat mengemukakan sebarang bukti, apa tah lagi individu di laman sosial yang hanya tahu merapu.

Oleh kerana mereka itu (pembangkang) tiada sebarang isu mengecam kerajaan, maka mereka mengada-adakan isu khayalan, kerana isu khayalan sesuatu yang susah dibuktikan, maka mudah untuk membuat dakwaan. Dakwaan seumpama ini, seperti mendakwa, seseorang itu pasti masuk neraka selepas mati, dan dakwaan itu, hanya tinggal dakwaan, kerana tiada manusia yang mampu menghukum seseorang manusia masuk neraka, kerana kuasa itu hanya pada Tuhan.

Pembangkang khususnya daripada kaum KDM, memang merasa tidak mempunyai kemampuan menang dalam sistem demokrasi, kerana kedudukan persempadanan yang ada. Atas sebab itu, membuat dakwaan, agar kaum KDM benci pada kaum lain khususnya kaum bumiputera islam, kerana kononnya, kaum itu terdiri daripada PATI. 

Tujuaan pihak pembangkang membangkitkan isu Projek IC, walaupun tiada bukti yang boleh mereka kemukakan, supaya, semua kaum yang bukan islam benci kepada penduduk islam. Tujuan mereka ini, adalah jangka panjang, untuk menimbulkan hurahara antara rakyat bukan islam dan islam.

Tidak dinafikan, ada kaum islam turut sama mendakwa kononnya kemenangan BN kerana PATI, sebabnya, mereka ini, tahu mereka tiada peluang mendapatkan undi rakyat islam, dan mereka mengharapkan undi bukan islam semasa pilihanraya, supaya tidak hilang wang pertaruhan.

Bagi mereka yang mendakwa bahawa pengundi di kawasan majoriti islam itu adalah PATI, walaupun tidak dapat mereka buktikan, meskipun disokong oleh keputusan RCI Pati Sabah, bahawa tiada kebenaran berkaitan dakwaan mereka itu, akan tetapi secara terus menerus membuat dakwaan, kerana tujuan jangka panjang mereka, agar berlaku permusuhan anatara rakyat bukan islam dan islam.

Mereka yang bergiat membuat dakwaan berkaitan PATI, khususnya daripada KDM, kerana mahu berlakunya permusuhan antara islam dan bukan islam, manakala pemimpin pembangkang islam, hanya bertujuaan politik untuk merai undi kaum bukan islam, kerana mereka tahu, kaum islam tidak akan mengundi mereka.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook