Latest News

Thursday 6 October 2016

Ya! Benar! Rakyat Keturunan Pakistan (Encik Aliudin Bin Salahudin)

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) LAHIR DI KOTA BELUD, DAPAT LESEN DI INANAM, MENGUNDI DI KLIAS BEAUFORT... Oleh FB Tj Ajamain (screenshot)
(ii) S P R M SILA SIASAT... Oleh FB John Charles Mitah Mikat (screenshot)

MEMANDANGKAN telah ada yang membuat laporan polis, maka perkara itu telah menjadi kes polis. Biarlah polis siasat melalui berlatar belakang 'aduan pengguna facebook tersebut'.

Memang dalam carian melalui SPR, nama itu wujud dan telah mendaftar sebagai pengundi di DUN Klias (caption daripada SPR bertarikh 5 Oktober 2016). 



Melalui caption tersebut, maka dapat disahkan bahawa kad pengenalan individu tersebut terdapat dalam sistem Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kerana hanya kad Pengenalan yang terdaftar dalam JPN sahaja boleh mendaftar sebagai pengundi.

Untuk merungkai kedudukan individu ini, maka pihak polis perlu membuat siasatan berkaitan duduk perkara individu tersebut. Apakah butiran dalam kad pengenalan itu memang disokong surat beranak atau individu tersebut termasuk dalam rakyat asing yang dineutralkan atau diberikan kerakyatan?

Adalah diharapkan pengguna facebook tersebut untuk terus memantau keputusan laporan yang dibuat dan jangan pula terperangkap dengan kata-katanya seperti, "HANYA MELEPASKAN BATUK DI TANGGA..."
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook