Latest News

Thursday 6 October 2016

RASUAH Jabatan Air Negeri Sabah: Ismaily Bungsu, Mengapa GELABAH?????


INDIVIDU yang ditangkap adalah Pengarah (Ag. Mohd. Tahir Bin Mohd. Talib), Timbalan Pengarah (Ir. Teo Chee Kong) serta dua individu lain yang ada kaitan dengan kes tersebut.

Fakta penangkapan ada hubungan dengan projek air di Sabah sejak tahun 2010 yang bernilai RM3.3 bilion di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar &Wilayah (KKLW). 

Untuk sementara tiada sesiapa yang menghubungkan para individu yang ditangkap tersebut dengan mantan menteri KKLW, Datuk Seri Shafie Apdal, akan tetapi apabila berlaku penangkapan tersebut, Ismaily Bungsu, Pengarah Strategik Komunikasi Shafie yang melantik dirinya sendiri tiba-tiba gelabah.

Fakta praktikal semasa Shafie menjawat menteri KKLW, setiap projek kendalian kementerian itu dilaksanakan sendiri oleh kementerian tersebut baik proses memanggil tender, pelantikan kontraktor dan pelaksanaan sementara menunggu pembayaran melalui Bendahari Persekutuan. Pendek kata, Kerajaan Negeri langsung tidak terlibat. Memang Kerajaan Negeri kerap meminta agar peruntukan daripada Persekutuan yang disalurkan melalui KKLW hendaklah dimasukkan ke dalam Bendahari Negeri, namun permintaan tersebut tidak pernah dipersetujui.

Jikalaupun menteri tiada kuasa seperti mana dakwaan Ismaily Bungsu di mana meluluskan projek bernilai ratusan juta, tetapi menteri yang berkenaan boleh menulis kepada Kementerian Kewangan agar meminta kementerian meluluskan projek-projek yang dipersetujui untuk kontraktor/syarikat tertentu sesuai dengan cadangan menteri. Inilah yang berlaku sejak sekian lama semasa Shafie menjadi menteri KKLW. 

Bagi projek-projek air di sabah, kebanyakannya dilaksanakan melalui tender terhad. Melalui tender terhad itu, pihak Jabatan Air Negeri Sabah atau broker menyediakan 10 syarikat yang mempunyai kelayakan terbaik dan 10 syarikat ini, sebenarnya dikawal oleh individu-individu yang ada hubungan dengan Pengarah dan Timbalannya seperti mana jumpaan atau temuan siasatan SPRM. Modus Operandi dua individu itu adalah mengumpul syarikat-syarikat sama ada mereka menyewa syarikat tersebut dengan bayaran tertentu atau jika syarikat itu terpilih yang mempunyai 'option' untuk melaksanakan projek tetapi dengan bayaran tertentu yang ditentukan oleh dua individu tersebut. Mungkin sahaja menteri tahu atau Ketua Setiausaha (KSU) kementerian tahu ataupun tidak perasaan kerana setiap projek dilaksanakan oleh syarikat-syarikat berbeza atau syarikat yang sama atas sebab tender terendah atau tender yang dipersetujui oleh jawatankuasa tender.

Oleh kerana syarikat-syarikat yang termasuk dalam 10 syarikat yang mengemukakan tawaran dikawal di belakang tabir oleh dua individu atau broker itu, maka syarikat manapun yang mendapat peluang atau yang dipilih, maka tetap dikawal oleh dua individu tersebut.

AFS tidak menuduh sesiapa dan biarlah SPRM menentukan kes mereka di mahkamah terhadap para individu tersebut. Namun, AFS sedikit terkilan, mengapa begitu sampai sekali Ismaily membuat tuduhan dan kesimpulan bahawa Pengarah adalah kroni Ketua Menteri, ahli UMNO merangkap Bendahari UMNO Kimanis. Encik Ag. Mohd. Tahir menjadi Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah atas kelayakan beliau untuk dilantik yang bukannya lantikan politik. Bagaimana pegawai kerajaan menjadi kroni Ketua Menteri? Berhubungan dengan keahlian UMNO mungkin sahaja Ag. Mohd. Tahir Bin Mohd. Talib merupakan ahli, namun memegang jawatan dalam parti adalah tidak mungkin kerana Perlembagaan UMNO tidak membenarkannya. Lagipun, dalam rekod UMNO tidak ada nama Ag. Mohd. Tahir Bin Mohd. Talib pernah menyandang sebarang jawatan dalam UMNO amnya dan khasnya UMNO di Kimanis. Untuk makluman umum, Bendahari UMNO Kimanis adalah Datuk Mohd Rizal @ Raymond Godfrey Abdullah.





Nampaknya, melalui penangkapan Ag. Mohd. Tahir Bin Mohd. Talib dan Ir. Teo Chee Kong, kumpulan Datuk Seri Shafie Apdal terasa bahangnya. Atas sebab itu, Ismaily menjalankan psikologi songsang terlebih awal dengan membuat dakwaan terlebih dahulu terhadap individu yang ditangkap sebagai proksi Ketua Menteri Sabah. Wow! Panas! Panas!

Soalnya, mengapa gelabah??? Pihak SPRM masih belum menghadapkan para individu tersebut ke mahkamah. Setelah dihadapkan, maka akan terdedahlah kesemuanya. Musa, sudah menyatakan dengan jelas meminta SPRM menjalankan tugas tanpa takut dan gentar! Kerajaan Negeri menyokong penuh tindakan agensi bebas pencegahan rasuah tersebut. Menilai kenyataan keras Musa itu menampakkan bahawa Kerajaan Negeri mengutuk sekeras-kerasnya tindakan dua pegawai kerajaan tersebut kerana atas tindakan mereka, saban hari kerajaan pula terkena tempias mendapat kritikan daripada rakyat kerana berdepan dengan masalah air. Tak gitu?

Kepada Ismaily Bungsu, bertenang dulu kes rasuah Jabatan Air Negeri Sabah itu kerana ianya akan terungkai sepenuhnya pada sedikit masa lagi dan kes itu bukan rahsia umum lagi. Bahkan, keputusannya dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia khususnya rakyat di Sabah.  

Apakah Shafie juga terlibat? Atau siapa-siapa yang terlibat akan terungkai semasa perbicaraan?.. Tunggu dan saksikan!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook