Latest News

Thursday 6 October 2016

RASUAH TERBESAR Jabatan Air Negeri Sabah: Masa Untuk Menyiasat!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) KUMPUL RM50JUTA PENGARAH DAN TIMBALAN PENGARAH JABATAN AIR NEGERI SABAH DITAHAN SPRM. RM3 JUTA TUNAI DIRAMPAS... Oleh FB John Charles Mitah Mikat (screenshot)
(ii) Mangkali Pantai Barat kurang bakalan air sebab 2 ikur mungit ni baini kan... Oleh FB Jo Nandu (screenshot)
(iii) KUMPUL RM50JUTA: PENGARAH DAN TIMBALAN PENGARAH JABATAN AIR NEGERI SABAH DITAHAN SPRM. RM3 JUTA TUNAI DIRAMPAS!... Oleh FB Page Solidarity 4 Sabah (screenshot)
(v) Pejabat musa aman khan tidak mau cek kah... Oleh FB Remove Musa Remove Umno Sabah (screenshot)
(iv) AIR BER GST. PEROMPAK MENIMBUN DUIT... Oleh FB Edward Stephen Edward Stephen (screenshot)

SPRM menangkap Pengarah (Encik Ag. Mohd. Tahir Bin Mohd. Talib) dan Timbalan Pengarah (Ir. Teo Chee Kong) Jabatan Air Negeri Sabah kerana didakwa menyalahguna kuasa berhubung dengan projek di bawah seliaan jabatan itu iaitu peruntukan RM3.3 bilion daripada Kerajaan Persekutuan yang disalurkan melalui KKLW sejak tahun 2010.

Sudah menjadi praktikal KKLW bahawa sebarang projek yang dikendalikan kementerian itu tidak melibatkan kerajaan negeri kerana semua pelantikan kontraktor dilaksanakan sendiri oleh kementerian tersebut. Jabatan Air Negeri Sabah biasanya akan memanggil 10 kontraktor bagi setiap projek yang dilaksanakan dan mengemukakan nama-nama kontraktor tersebut kepada kementerian.

Melalui kaedah tender terhad inilah diperpercayai dua pegawai itu berperanan di mana keluarga daripada dua kakitangan itu menjadi kontraktor di belakang tabir daripada semua syarikat kerana mereka itu menyewa syarikat-syarikat terbabit daripada pemilik asal. Secara luaran, memang setiap projek di mana telah dilaksanakan oleh sesebuah syarikat, namun tidak kenampakan sebagai ada kaitan dengan dua pegawai tersebut. Tetapi sebaliknya, pengendali kepada syarikat itu hanya dua orang sahaja iaitu adik kepada Pengarah dan adik kepada Timbalan Pengarah.

Pada satu masa lalu, menteri KKLW mempunyai kuasa meluluskan sehingga RM100 juta kos projek di bawah kendalian kementerian itu. AFS tidak berprasangka buruk terhadap menteri itu kerana mungkin sahaja beliau tidak tahu di sebalik permainan tender terhad. Kemungkinan juga beliau tidak maklum bahawa syarikat-syarikat yang ikut tender terhad yang telah diproses oleh Jabatan Air Negeri Sabah mempunyai sandiwara di belakang tabir. 

Kalau benarlah angka RM3.3 bilion, jika 10 peratuspun maka sebanyak RM330 juta merupakan komisyen yang diperolehi oleh dua pegawai tersebut. Kalau berasaskan hearsay semua projek berkaitan paip, komisyen yang dibayar adalah di antara 25-30%. Oleh kerana tingginya komisyen, maka kualiti paip terpaksa dikurangkan dan sebab itulah bukan rahsia lagi sistem perpaipan air Sabah sangat teruk kerana mudahnya paip pecah. 

Kenyataan ini hanya hearsay, belum pasti kebenarannya. Oleh kerana SPRM sudah melaksanakan tugas, maka kepastiannya akan ditentukan agensi itu semasa menghadapkan para tertuduh ke mahkamah.

Suatu ketika dulu juga, Kerajaan Negeri Sabah sudah kerap kali menyuarakan agar projek-projek KKLW diselia oleh kerajaan negeri agar dapat menghindar salahguna kuasa, namun permintaan itu tidak dipedulikan.

Pihak SPRM perlu memperjelaskan kepada rakyat walaupun agensi itu menangkap kakitangan yang dilantik oleh kerajaan negeri. Akan tetapi, projek yang mereka kendalikan adalah di luar tanggungjawab kerajaan negeri atau dengan kata lain, bukan kawalan kerajaan negeri. Penjelasan SPRM sangat perlu supaya kerajaan negeri tidak mendapat imej buruk khususnya Ketua Menteri Sabah.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook