Latest News

Thursday 6 October 2016

'Sabah Muslim Bumis Should Call Themselves Malays?' Ini Juga Isu Lapuk Tidak Berbangkit Lagi

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) On a high note; this guy still has not publicly apologize to the Kadazan race native of Sabah... Oleh FB Jo Nandu (screenshot)

ISU yang diviralkan pengguna facebook tersebut merupakan isu lapuk yang sudah dilupakan. Lagipun, individu yang menyuarakan saranan itu bukan pengubal undang-undang melainkan hanya pandangan peribadi. Seperti juga ramai pengguna media sosial, macam-macam dakwaan atau cadangan boleh dibuat dan akhirnya dakwaan atau cadangan itu berakhir begitu sahaja kerana mereka itu bukan pengubal undang-undang atau mereka juga bukan pembuat keputusan ataupun mereka itu bukan pembuat polisi.

Inilah masalah facebook atau internet, tanpa batasan penyimpan semua maklumat yang dimuat naik. Apabila digali, isu zaman kuda gigit besipun terkeluar dan kalau disegarkan, maka jadi segarlah seperi susu segar.

Perlu difahami dalam Perlembagaan Malaysia adalah terjamin kebebasan berbangsa dan beragama (kecuali Islam), agama Islam pula menjadi agama rasmi. Tiada paksaan kepada sesiapapun menukar agama atau menukar bangsa ataupun etnik keturunan. Jika ada yang berlaku, yakni ada pertukaran agama atau suku kaum bangsa, bermakna tindakan itu adalah tindakan individu berkenaan. 

Di negara ini memang tertulis dalam perlembagaan bahawa mereka yang beragama Islam tidak boleh bertukar agama, manakala individu beragama selain Islam, bebas mengamalkan agama pilihannya. Demikian juga suku kaum bangsa, setiap rakyat bebas mengamalkan sukuannya asalkan turun-temurun itu adalah sukuan individu tersebut

Tujuan pengguna facebook itu membangkitkan isu lapuk sama seperti dengan membangkitkan, 'mengapa orang yang meninggal 50 tahun lalu, meninggal dunia!'.

  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook