Latest News

Thursday 6 October 2016

SALAH MAKSUD PETIKAN Kenaikan Harga Minyak Bantu Orang Miskin?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Bantu rakyat yang miskin untuk jadi lebih miskin..what say you... Oleh FB Kilau Podos (screenshot)

ENTAH siapa yang tersalah petik sama ada wartawan atau Datuk Sairin Haji Karno berkaitan kenaikan harga minyak pada masa itu. 

Sebenarnya, harga minyak tidak naik 20 sen tetapi subsidi 20 sen itu tidak diberikan kepada harga minyak. Sebab itu, harga minyak bertambah 20 sen. Tujuan Perdana Menteri tidak memberikan subsidi 20 sen kepada harga minyak kerana 20 sen itu diagihkan kepada golongan sasar yakni yang terkena tempias kenaikan sara hidup. 

Bayangkan subsidi minyak setiap tahun melangkaui angka RM10 bilion. Maka kerajaan berpendapat adalah lebih baik wang subsidi itu diberikan kepada golongan sasar dan bukannya kepada mereka yang kaya. 

Kini, Bantuan Rakyat Satu Malaysia (BR1M) diteruskan kepada golongan sasar dengan bayaran sehingga RM1050 setahun kepada ketua keluarga golongan sasar. Diperkirakan BR1M akan terus diberikan kerana kerajaan melakukan penjimatan melalui subsidi minyak. 

Sebenarnya, kalau diteliti harga minyak bukanlah komponen utama dalam penentuan harga barang atau sara hidup rakyat. Harga minyak hanya berimpak kepada mereka yang berniaga menggunakan kenderaan seperti bas, mini bas atau teksi. Namun, jumlah mereka itu bukannya ramai. Manakala, pengguna minyak yang paling banyak adalah mereka yang mempunyai kenderaan peribadi. Semakin besar enjin kenderaan itu, semakin banyaklah penggunaan minyak. 

Kalau rakyat biasa mempunyai kenderaan sendiri katakan Perodua Viva, sebulan paling banyak penggunaan minyak adalah sebanyak 50 liter. Ertinya, hanya menambah RM10 terhadap penggunaan minyak tetapi kerajaan telahpun dapat jimat melalui kenderaan enjin besar kerana enjin besar paling sedikit 200 liter sebulan. Ini bermakna kerajaan dapat menjimat RM40 yakni paling sedikit jumlah itu. 

Jika pemilik Viva itu mengeluh atas kerana RM10 atau RM120 setahun, bagaimana pula bayaran BR1M sebanyak RM1000 kepadanya? Dalam senario di atas, mana yang kena tipu, rakyat atau kerajaan??
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook