Latest News

Friday 14 October 2016

SATU LAGI PENCAPAIAN SABAH DALAM SEKTOR PELANCONGAN


APABILA sektor pelancongan dijadikan sebagai pengganti sumber pendapatan Sabah daripada kayu-kayan, perkara pertama tindakan negeri Sabah adalah meminta Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB) menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA). Ekoran permintaan itu, maka sejumlah RM1.7 bilion peruntukan diluluskan untuk naik taraf yang bermula pada tahun 2005 dan siap sepenuhnya pada januari 2015.

Lapangan Terbang KKIA yang dilengkapi fasiliti moden mampu menampung sehingga 12 juta penumpang setahun (9 juta bagi T1 dan 3 juta bagi T2).

KKIA merupakan lapangan terbang kedua tersibuk selepas KLIA. Lapangan terbang KKIA merupakan pintu masuk ke wilayah Borneo.

Kedatangan pelancong ke Sabah dari tahun ke tahun terus bertambah, meskipun berlakunya beberapa insiden termasuk penculikan rakyat asing di Pantai Timur, Sabah dan serangan pengganas Sulu pada awal tahun 2013.

Sabah menjadi pilihan pelancong daripada negara luar khususnya daripada negara China, Korea dan Jepun kerana tindakan kerajaan negeri yang agresif mempromosikan kawasan-kawasan pelancongan negeri.  Ketua Menteri Sabah, pada setiap peluang senantiasa menggalakkan semua jajaran kepimpinan negeri menjadikan sektor pelancongan sebagai sektor sunrise industry bagi Sabah.

Menurut laporan MAHB, kedatangan pelancong  asing dari tahun ke tahun ke Sabah terus berkembang sebanyak 29 peratus (daripada 1.1 juta penumpang kepada 1.4 juta). Malah, bagi bulan September 2016 kedatangan pelancong asing ke Sabah meningkat 46 peratus. Sementara Laporan Lembaga Pelancongan Sabah, kedatangan pelancong domestik dan asing bagi Januari - Jun 2016 berkembang 3.7 peratus kepada 1.62 juta kedatangan pelawat.

Apa yang menarik lagi, bagi maksud penggalakan kedatangan pelancong ke Sabah, MAHB telah menjanjikan RM10 juta bagi maksud pembangunan sektor pelancongan negeri termasuk promosi bersama dan penggalakan pemasaran.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook