Latest News

Thursday 6 October 2016

SOGOKAN POLITIK Suatu Cerita Lapuk Yang Tidak Bermakna Lagi

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) BONGKAR KELICIKAN UMNO/BN... Oleh FB John Charles Mitah Mikat (screenshot)

PUJILAH Datuk Seri Yong Teck Lee setinggi langitpun, terbukti rakyat majoriti telah menolaknya bersama partinya. Pada PRU-13 lalu, semua calon-calon SAPP kalah teruk termasuk Yong sendiri.

Kalaulah rakyat menerima alasan yang Yong berikan pada masa itu, maka semasa bertanding di PRK Batu Sapi, beliau boleh menang. Semua kita tahu daripada tiga calon, Yong berada di kedudukan ke tiga dengan jumlah undi hampir hilang deposit. Demikian juga pada PRU-13 lalu, undian Yong adalah yang tercorot berbanding calon-calon lain di DUN Likas.

Yong adalah pemimpin yang sudah berlalu walaupun daripada segi usia beliau masih muda. Di Sabah, jika sesebuah parti atau pemimpin sudah ditolak, biasanya tidak akan pulih lagi dan selamanya akan terkubur. Kalaulah USNO dan PBS tidak bertukar haluan, pasti dua parti itu juga sudah lama terkubur kerana pernah kalah dalam pilihan raya sebelum ini. 

Namun, kedudukan SAPP berbeza dengan USNO dan PBS kerana SAPP hanya pernah menjadi sebahagian daripada kerajaan, bukannya parti tunjang. Ertinya, kalaupun ketiadaan parti itu, parti tunjang tetap memerintah. Sebagai bukti, selepas PRU 2008, SAPP keluar daripada BN Sabah 4 bulan kemudiannya, namun BN Sabah terus memerintah sehingga kini.

Parti seperti SAPP tidak mempunyai masa depan politik di Sabah dan pastilah ianya sampai bila-bilapun! Sebaiknya, parti itu patut bubar sahaja.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook