Latest News

Friday 28 October 2016

SURAT SOKONGAN PATI KERJA MUSA???

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) MELINDUNGI PATI ADALAH SATU KESALAHAN APATAH LAGI MENYALAHGUNAKAN KUASA SEBAGAI KETUA MENTERI... Oleh FB Edward Stephen Edward Stephen (screenshot)

PADA Disember 2014, Ketua Menteri Sabah telah mengarahkan semua pihak berkuasa bertindak memburu, menangkap, menahan dan menghantar pulang semua PATI yang terdapat di Sabah.

Adalah tidak logik jika semua penguatkuasa diarahkan bertindak, kemudiannya Ketua Menteri memberi sokongan kepada PATI untuk mendapat dokumen dan tinggal di negeri ini.

Dakwaan di facebook itu adalah dakwaan karut, tiada asas dan tragisnya, hanya ciptaan orang-orang bodoh di mana dakwaan mereka hanya memerangkap diri mereka sendiri.

Laman facebook adalah tempat menabur fitnah untuk orang-orang gila yang tiada kerja lain kerana mental mereka hanya tertumpu kepada pembohongan.

Bayangkan kerajaan terpaksa berbelanja besar menjalankan operasi memburu para PATI dan tindakan itu saban hari dimuatkan oleh surat khabar tempatan.

Setiap operasi bukan memerlukan satu dua orang pegawai penguatkuasa sebaliknya puluhan orang. Bayangkan kos yang terlibat kerana para penguatkuasa yang terlibat di luar jam kerja mereka sudah tentu perlu dibayar gaji lebih masa atau elaun-elaun tertentu.

Tiada ketua kerajaan yang mengkhianat dengan negeri atau rakyatnya dengan memberi tempat kepada PATI yang menyebabkan masalah sosial dan jenayah di negeri sendiri. Mungkin pemilik facebook itu suka memelihara tikus, lipas dan binatang kotor di rumahnya. Sebab itu, membayangkan orang lain juga serupa.

  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook