Latest News

Saturday 8 October 2016

TERBARU: PUNCA JENAYAH RASUAH JABATAN AIR NEGERI SABAH DIDEDAHKAN!!!


PUNCA berlaku jenayah rasuah di Jabatan Air Negeri Sabah apabila adanya kelompangan dari segi pengawasan.

Jabatan itu adalah agensi kerajaan negeri akan tetapi mengendalikan projek persekutuan di mana kerajaan negeri tiada kuasa ke atas projek-projek tersebut. Dua pegawai di jabatan itu hanya merupakan perantara atau pejabat perantara dan mereka juga tiada kuasa. Kelebihan kepada mereka kerana diberi mandat pentadbiran, yakni mengemukakan syarikat-syarikat yang diperlukan.

Oleh kerana dibenak mereka, mereka tiada kuasa berkaitan projek yang mereka kendalikan, maka timbul di fikiran mereka bahawa salahguna kuasa tidak bakal dituduh kepada mereka. Atas sebab itu, mereka mempergunakan peluang pentadbiran atau pengurusan yang diberikan kepada mereka, yakni sebagai perantara atau 'budak pejabat penyedia' bagi senarai syarikat-syarikat. 

Mereka memanfaatkan betul kuasa pentadbiran mereka dengan mengumpul sebanyak mungkin syarikat yang mereka kawal. Atas sebab itu, apabila jenayah rasuah terancang itu terbongkar, maka Pengarah didapati mengawal 17 syarikat, manakala timbalannya 21 buah syarikat.

Mereka mempergunakan SOP dan Peraturan Kewangan sebagai asas kepada syarikat-syarikat di bawah kawalan mereka. Syarikat-syarikat yang di bawah kawalan mereka itu, selain “berani” melayan keperluan pihak-pihak tertentu yang mempunyai kuasa meluluskan projek yang dipohon juga memenuhi seluruh persyaratan sehingga Jawatankuasa Tender atau Kementerian Kewangan (Persekutuan) tiada kesanggupan menolaknya. Apatah lagi senarai syarikat  yang dikemukakan kepada Kementerian Kewangan yang diiringi surat rekomendasi daripada menteri yang mengawal selia projek-projek berkenaan. Menteri?...

Oleh kerana seluruh syarikat-syarikat di bawah kawalan Pengarah dan Timbalannya, maka setiap sen keuntungan syarikat itu bergantung kepada mereka untuk dibahagi-bahagikan. Bayangkan nilai projek RM3.3 bilion. Oleh kerana seluruh projek berkaitan perpaipan dan kebiasaannya kickback atas angin antara 10-35%, maka dianggarkan hasil jenayah rasuah terancang itu tidak kurang RM1 bilion.

Melalui jenayah rasuah terancang ini, dua (2) pegawai Jabatan Air Negeri Sabah itu mempergunakan kepercayaan yang diberikan sebagai pejabat perantara untuk kepentingan peribadi. Tindakan mereka ini, sebenarnya tindakan persendirian yang tidak melibatkan Kerajaan Negeri Sabah atau mana-mana pihak di Sabah. Oleh sebab tindakan mereka itu bersifat persendirian, maka mereka mengumpul harta dan wang tunai kerana mereka itu tiada obligasi dengan pihak-pihak lain.

Terpulang kepada SPRM untuk menghubungkan kelibat dua pegawai itu dengan pegawai-pegawai lain di KKLW atau menteri KKLW dan pada masa yang sama juga SPRM perlu membuat kenyataan bahawa Kerajaan Negeri tidak ada hubungkait dengan projek-projek yang dibiayai Kerajaan Persekutuan melalui KKLW tersebut.

Walaupun dianggap bahawa tindakan dua (2) pegawai kanan Jabatan Air Negeri Sabah itu merupakan tindakan persendirian, namun tidak mustahil ianya ada “hubungan” dengan pihak-pihak yang ada kuasa meluluskan atau merekomendasi projek-projek itu kepada sesuatu syarikat kerana adalah mustahil selama 6 tahun, tidak ada sebarang teguran daripada menteri atau pegawai yang mengawal selia peruntukan tersebut. Jika ada hubungan dengan pihak-pihak tertentu di KKLW, maka kemungkinan besar, wang tunai, harta, dan sebagainya yang dirampas daripada dua pegawai berkenaan adalah bahagian mereka. Ini kerana seperti dikatakan bahawa kickback bagi projek-projek tersebut adalah antara 10-35%. 

Terlalu awal untuk membuat kesimpulan berkaitan dengan jumlah kickback daripada projek-projek itu. Pihak SPRM perlu menjalankan penyelidikan forensik bagi menentukan jumlah yang “diskaun” setiap projek kerana ianya mempunyai impak besar terhadap kualiti projek-projek yang dilaksanakan. Jika jumlah “diskaun” melampaui 35%, maka sudah tentu kualiti perpaipan yang melibatkan projek itu tersangatlah rendah. Jika rendah, maka jangka hayat perpaipan itu menjadi singkat. Jika demikian, maka yang dirugikan adalah semestinya rakyat Sabah.

ANTI FITNAH SABAH (AFS) terkilan, mengapa Kabinet Persekutuan masih terus memberi kepercayaan kepada seorang menteri untuk menguasai semua peruntukan yang diperuntukan kepada sebuah negeri? Jika sekiranya peruntukan itu disalurkan terus kepada Bendahari Negeri, AFS yakin segala kelompangan yang berlaku di Jabatan Air Negeri Sabah itu tidak berlaku. Sebabnya, Pengurusan Kewangan Negeri Sabah telah diperakui oleh Ketua Audit Negara adalah paling terbaik bersama dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Buktinya di lapangan, setiap projek kendalian Kerajaan Negeri semuanya berjalan sesuai dengan piawaian yang telah ditetapkan. Sebabnya, Ketua Menteri sendiri yang memastikan setiap projek kerajaan disiapkan sesuai dengan jadual, sesuai dengan bill of quantity (BQ) dan sesuai dengan kualiti yang ditetapkan. Tambahan pula, Kerajaan Negeri mempunyai bilangan kakitangan yang cukup untuk memantau setiap projek. Berbeza dengan projek yang dikawal selia oleh Kerajaan Persekutuan, di mana para pegawainya berpusat di Kuala Lumpur adalah kurang arif berkaitan keadaan lapangan sebenar, malah hanya bergantung kepada laporan-laporan yakni dalam perkara ini laporan oleh dua pegawai kanan Jabatan Air Negeri Sabah tersebut.

Dengan kejadian jenayah rasuah di Jabatan Air Negeri Sabah tersebut adalah diharapkan Kerajaan Persekutuan mengambil iktibar daripadanya. Di masa terdekat atau masa depan atau melalui Bajet 2017, diharapkan peruntukan daripada Persekutuan daripada kesemua kementerian atau agensi hendaklah disalurkan terus kepada Bendahari Negeri supaya Kerajaan Negeri dapat mempergunakan setiap SEN untuk keperluan dan kepentingan rakyat sepenuhnya. 

Fikir-Fikirkan!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook