Latest News

Wednesday 26 October 2016

Tidak Perlu Kecoh! PROJEK DI AMPANG, Milik Musa? Sila Baca!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Projek Di Ampang Kuala Lumpur megah dengan owner tanah KETUA MENTERI SABAH... Oleh FB Amran Jaha (screenshot)
(ii) Nah pemilik tanah, KETUA MENTERI SABAH... Oleh FB Ds Chazy Chaz (screenshot)

BARU-BARU ini ada desas-desus menyatakan sebuah gambar papan tanda projek di Ampang, Selangor yang kini menjadi viral mana-mana page pembangkang atau akaun persendirian di media sosial, kononnya mewar-warkan milik persendirian YAB Datuk Seri Panglima Musa Aman.

Jelas dan cukup terang sekali! Inilah sifat pembangkang, ambil ceduk sahaja tanpa menyiasat terlebih dahulu. Kadang-kadang juga cukup melucukan tingkah laku puak-puak ini. Dipanggil bodoh tidak juga, entahlah. Hanya kerana gambar diambil sedemikian rupa atas kerana adanya projek pembangunan di Ampang dengan terpacaknya nama Ketua Menter Sabah di papan tanda projek itu, lalu mengkinzir buta menuduh rasuah akan empunya nama seseorang itu, yakni Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

Sungguh jelas gaya dan perangai sifat pembangkang yang gemar sekali dan tegar melakukan persepsi liar dan provokasi. 

Netizen pembaca khususnya rakyat Sabah biarlah sendiri 'judge' mereka, apa mereka itu. Tapi sememangnya, ini benar-benar fitnah! 

Maklumat sahih yang diterima oleh AFS

Kelmarin, Kerajaan Negeri Sabah telah menjelaskan secara rasmi bahawa projek pembangunan bercampur di Jalan Ampang, Kuala Lumpur adalah atas persetujuan Kabinet negeri dan bukannya persendirian. Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Sukarti Wakiman, berkata, walaupun papan tanda projek terbabit menamakan ‘Ketua Menteri Sabah, Jabatan Ketua Menteri (JKM) Sabah’ sebagai pemilik tanah, ia sebenarnya merujuk kepada jawatan dan bukan individu.

“Perjanjian penswastaan tanah milik kerajaan di Jalan Ampang, Kuala Lumpur untuk pelbagai projek pembangunan mula dilaksanakan pada 1997”.

“Bagaimanapun, projek berkenaan tidak terlaksana dan tertangguh bertahun-tahun lamanya,” katanya dalam satu kenyataan kelmarin.

Pada tahun 2009, katanya, kerajaan negeri meminta pihak pemaju memberi taklimat berhubung keadaan dan status projek terbabit.

“Selepas kajian dijalankan, pihak kerajaan berpendapat projek itu tidak harus ditinggalkan dan tertangguh selama-lamanya. Sebaliknya, perlu disambung dengan terma dan syarat lebih baik.

“Sehubungan itu, kerajaan negeri menerusi Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) menetapkan terma dan syarat lebih baik
terutama bagi mendapatkan pulangan bagi negeri ini,” katanya.

Sukarti berkata, cadangan itu dibentang dan diluluskan Kabinet negeri dengan Ketua Menteri sebagai ketua kerajaan menjadi pemegang amanah kepada tanah berkenaan.

Maka dengan itu, “Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) perlu mempamerkan nama pemilik tanah pada papan tanda seperti mana tertera pada geran tanah.

“Oleh itu, tiada apa yang meragukan mengenai projek ini kerana ia dilakukan dengan persetujuan dan kelulusan Kabinet negeri,” katanya.

Nampaknya, pembangkang sangat menang kali ini dengan menyerlahkan kedangkalan mereka. Noktah!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook